Yayasan YPEM adalah sebuah NGO Islam di Malaysia; No. Pendaftaran: PPAB-36/2014. Kelulusan operasi berkuatkuasa pada 31hb Oktober 2014 DiPerbadanankan di bawah Akta Pemegang Amanah Pemerbadanan 1952.
Nilai Infaq [One-Off] | Manfaat disediakan oleh Yayasan YPEM | Tempoh Hadiah |
---|---|---|
Infaq RM4,000 | Pesara & pasangan dibekalkan Pengajian PERCUMA & penginapan PERCUMA selama 30 hari pada setiap tahun | Sepanjang hayat pesara |
Hari Sabtu setiap Minggu 2 | Pengajian | Program |
---|---|---|
9.00 pagi – 4.00 petang | Tajwid dan Tahsin |
Dewasa Sahaja |
Kepada Muslimim dan Muslimat yang berhasrat untuk bersama dalam projek pembangunan dan perkembangan Islam di Yayasan YPEM. Tuan boleh berinfaq disemua kaunter bayaran MYDIN. Tuan hanya perlu nyatakan kepada juruwang, “Adik, saya mahu infaq RM2 untuk Ibu & Ayah saya.
Program ini diusahakan atas dasar untuk meringankan kos penghantaran jenazah. Sasaran dua (2) buah van di setiap hospital besar dan sebuah (1) van di setiap hospital daerah. Insyaallah dengan pertolongan Allah SWT.
Program ini adalah program kasih sayang untuk Ibu Ayah angkat. Yayasan YPEM menyediakan Program pengajian Iqra’, Tahsin, Tasawuf, Hadith dan Sirah nabi. Kos melaksanakan program pengajian disertakan penginapan adalah amat tinggi. Pihak Yayasan bersanggupan menaja 50% daripada kos. Baki 50% adalah diberi peluang kepada umat Islam di seluruh dunia untuk menaja program pengajian ini bagi Ibu Bapa yang miskin. Mereka adalah sentiasa berharapan akan adanya umat Islam yang ikhlas bersanggupan untuk menaja pengajian mereka bagi jangka masa 30 hari. Moga ilmu yang diperolehi oleh mereka akan menjadi amalan bekalan bagi mereka dihadapan Allah SWT. Dan juga menjadi bekalan pahala kebajikan bagi mereka yang bersedeqah dan berinfaq atas pengajian mereka. Kos tajaan pengajian dan penginapan untuk seorang ialah pada kadar RM1,500/seorang/30 hari. Para penaja boleh memilih Ibu Angkat secara sendiri atau menyerahkan kepada pihak Yayasan untuk memilih. Bagi naluri berhasrat kasih pada ibu & ayah, dihargai menghubungi 05 – 8900112.
Yayasan YPEM menyediakan Program pengajian Iqra’, Tahsin, Tasawuf, Hadith dan Sirah nabi. Kos melaksanakan program pengajian disertakan penginapan dan makan adalah amat tinggi. Pihak Yayasan bersanggupan menaja 50% daripada kos. Baki 50% adalah diberi peluang kepada umat Islam di seluruh dunia untuk menaja program pengajian ini bagi saudara mara Islam baru. Mereka adalah sentiasa berharapan akan adanya umat Islam yang ikhlas bersanggupan untuk menaja pengajian mereka bagi jangka masa 30 hari. Moga ilmu yang diperolehi oleh mereka akan menjadi amalan bekalan bagi mereka dihadapan Allah SWT. Dan juga menjadi bekalan pahala kebajikan bagi mereka yang bersedeqah dan berinfaq atas pengajian mereka. Kos tajaan pengajian dan penginapan untuk seorang ialah pada kadar RM1,500/seorang/30 hari. Para penaja boleh memilih saudara baru Islam secara sendiri atau menyerahkan kepada pihak Yayasan untuk memilih. Bagi naluri berhasrat semarak Islam, mohon menghubungi 05 – 8900112.
Program ini terbuka kepada kanak-kanak dan dewasa. Program ini adalah untuk membetulkan dan memantapkan bacaan ayat al-Quran. Maksima bilangan pelajar setiap kelas adalah seramai 10 orang. Kelas 5 hari seminggu iaitu isnin, selasa, rabu, khamis dan jumaat. Masa 5.00 – 6.30 petang. Yuran RM150 sebulan. Lokasi: Yayasan YPEM, Bukit Merah, Perak.