KERJASAMA PROJEK MESRA IBADAH SEMARAK ISLAM ANTARA YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI MALAYSIA (YPEM) DAN UNIT
HAL EHWAL ISLAM HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
Alhamdulillah, dengan nama Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah SWT. Dengan Izin dan Rahmat Allah SWT,
Bahagian Perkembangan Perubatan (BPP), Kementerian Kesihatan Malaysia merestui secara rasmi (Ruj: KKM.600-17/1/24 JLD 8 (40)), jalinan
Kerjasama 'Projek Mesra Ibadah Semarak Islam' antara Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YPEM) dan Unit Hal Ehwal Islam Hospital
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
InsyaAllah, melalui Kerjasama ini. Unjuran perkiraan seramai, hampir 165 orang Ustaz dan Ustazah akan ditempatkan di semua hospital di
seluruh Malaysia meliputi Sabah, Sarawak dan WP Labuan. Peranan dan tanggungjawab para Pegawai Syariah Yayasan YPEM adalah tertakluk pada
peraturan dan SOP Kementerian Kesihatan Malaysia, peraturan dan perundangan Jabatan Agama Islam Negeri, dan peraturan dan disiplin Yayasan YPEM.
Melalui program kolabrasi ini, peranan dan tugasan para pegawai syariah Yayasan YPEM adalah untuk membantu dan memperkasa program MESRA IBADAH
yang telah disusun dan dirancang sempurna oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Para Ustaz dan Ustazah Yayasan YPEM akan membantu sebaik
mungkin memperkasakan dan memperhebatkan segala aktiviti urusan Islam yang ditetapkan oleh pihak pengurusan hospital.
Seluruh kos operasi Yayasan YPEM adalah dibiayai dari dana Infaq umat Islam dari seluruh Malaysia yang berkongsi visi dan misi Yayasan YPEM iaitu
Iman, Islam, Ihsan dan Ehsan. Moga segala urusan Islam yang dilaksanakan akan mewujudkan pahala yang dapat mengsyurgakan ibu ayah yang diniat dan
dilafazkan oleh semua para penginfaq yang begitu Ikhlas membantu program-program Islam dan al-Quran oleh Yayasan YPEM di seluruh Malaysia. YBhg
Tuan/Puan yang mahu bersama untuk berinfaq atas urusan Islam dan al-Quran di YPEM, boleh buat pilihan pada fasiliti yang disediakan: Angkasa,
MyDebit, JomPay, DuitNow, Bank Account. Kebersamaan YBhg Tuan/ Puan bersama kami, adalah kemuliaan YBhg Tuan/Puan. Hormat daripada kami,
Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia. Terima kasih.
VIDEO MUSIBAH KECURIAN DI YAYASAN YPEM>
Panduan Solat: Takbiratul Ihram
Panduan Solat: Surah Al-Fatihah
Panduan Solat: Tashahhud Akhir
Panduan Solat: Memberi Salam
DUITNOW YPEM
Senarai Peserta ke Peringkat Akhir & Penerima Sijil (Kemaskini sehingga 15hb September 2022)
A. Penghargaan kepada penginfaq dan pasangan yang berumur 55 tahun dan keatas
Penginfaq dan pasangan boleh tinggal dimana-mana bilik milik Yayasan hingga ke akhir usia mereka secara PERCUMA. Penginfaq dibenarkan untuk bertukar-tukar bilik mengikut keselesaan.
Penginfaq dibenarkan memperuntukkan ruang bilik mereka kepada mana-mana waris beliau untuk bermalam pada kadar PERCUMA tetapi bersyarat waris-waris itu menginap untuk tujuan mengikuti kelas pengajian di Yayasan YPEM. Kebenaran penginapan untuk waris hanya dan hanya dibenarkan selagi penginfaq masih hidup.
Penginfaq tidak wajib mengikuti semua kelas pengajian di Yayasan YPEM. Penginfaq boleh pilih kelas-kelas pilihan yang disukai.
Penginfaq tidak dibenarkan memelihara binatang di dalam bilik.
Setiap kali bilik tidak digunakan; kunci bilik mesti diserahkan kepada pihak Yayasan. Pihak Yayasan berhak untuk menyewakan bilik tersebut untuk para pelajar yang tidak mampu berinfaq pada jumlah RM30,000.
B. Penghargaan kepada penginfaq dan pasangan yang berumur 55 tahun dan kebawah
Penginfaq dan pasangan boleh tinggal dimana-mana bilik milik Yayasan terhad kepada 30 hari sahaja di dalam setahun. Penginfaq dibenarkan untuk bertukar-tukar bilik mengikut keselesaan.
Penginfaq dibenarkan memperuntukkan ruang bilik mereka kepada mana-mana waris beliau untuk bermalam pada kadar PERCUMA tetapi bersyarat waris-waris itu menginap untuk tujuan mengikuti kelas pengajian di Yayasan YPEM. Kebenaran penginapan untuk waris hanya dan hanya dibenarkan selagi penginfaq masih hidup. Jumlah bilangan hari maksima (gabungan penginfaq dan waris) adalah terhad kepada 30 hari sahaja.
Penginfaq tidak wajib mengikuti semua kelas pengajian di Yayasan YPEM. Penginfaq boleh pilih kelas-kelas pilihan yang disukai.
Penginfaq tidak dibenarkan memelihara binatang di dalam bilik.
Setelah penginfaq berusia lebih dari 55 tahun; penghargaan kepada penginfaq bertukar kepada terma-terma pada kategori A di atas.
Setiap kali bilik tidak digunakan; kunci bilik mesti diserahkan kepada pihak Yayasan. Pihak Yayasan berhak untuk menyewakan bilik tersebut untuk para pelajar yang tidak mampu berinfaq pada jumlah RM30,000.
Disediakan oleh Pihak Pengurusan Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia.
Borang Permohonan Wujudkan Pengajian di Kawasan Anda
Borang Daftar Pengajian Al-Quran Di Yayasan YPEM
Borang Daftar Khidmat Nasihat Perniagaan Islam
Borang Mohon Pihak Yayasan YPEM Hadir Ke Kementerian/ Jabatan/ Agency/ GLC/ Syarikat untuk Memberi Pencerahan Zakat