JAWATAN KOSONG DI SELURUH MALAYSIA

Yayasan YPEM adalah sebuah NGO Islam yang aktif beroperasi memberi perkhidmatan bimbingan dan sokongan Islam di Kementerian, Jabatan Kerajaan, Agensi Kerajaan dan korporat konglomerat di seluruh Malaysia. Kakitangan di Yayasan YPEM wajib memiliki ilmu yang kemas, dan berkemahiran tinggi dalam melaksanakan tugasan tanggungjawab dengan penuh berdisiplin.

Pada masa ini, dua jawatan sedang ditawarkan. Sekiranya anda memiliki integriti berdaya maju berpiawaian tinggi, dihargai mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.


Jawatan 1: Guru Al-Quran
Yayasan YPEM menyediakan perkhidmatan bimbingan al-Quran di Kementerian, Jabatan, Kerajaan, Agensi Kerajaan dan korporat konglomerat di seluruh Malaysia.
Perincian jawatan
  1. Sambilan
  2. Memberi bimbingan al-Quran di Kementerian, Jabatan Kerajaan, Agensi Kerajaan dan korporat konglomerat
  3. Lokasi kekosongan di seluruh Malaysia
Kelayakan:
  1. Umur 26 – 40 tahun
  2. Ijazah dalam bidang al-Quran
  3. Nilai tambah: Berpengalaman mengajar secara atas talian
Tugasan & Keupayaan:
  1. Mampu memberi bimbingan tajwid al-Quran secara kemas.
  2. Mampu membetulkan bacaan tajwid al-Quran dengan ehsan.
  3. Mampu menceriakan suasana pembelajaran dalam keilmuan.

Jawatan 2: Eksekutif Syariah YPEM
Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YPEM) sebuah entiti NGO bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Yayasan YPEM memerlu pegawai Syariah YPEM yang akan bertugas untuk membantu semua tugasan Islam di semua Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia di seluruh Malaysia meliputi Sabah dan Sarawak. Pegawai syariah YPEM tertakluk pada arahan, etika dan peraturan kerja Unit Hal Ehwal Islam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan Yayasan YPEM.
Perincian jawatan:
  • Sepenuh masa
  • Lokasi kekosongan di seluruh Malaysia
  • Bertugas di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Kelayakan:
  • Umur 23 – 25 tahun
  • Ijazah dalam Pengajian Islam (semua bidang)
  • Personaliti extrovert
Tugasan:
  • Membantu Pegawai JAKIM di unit Islam Hospital.
  • Mampu membaca al-Quran bertajwid secara kemas.
  • Sanggup melaksana tugas dengan penuh disiplin.

CARA MEMOHON:

Calon yang berminat, sila hantar resume lengkap disertakan sijil Pendidikan dan lain-lain sijil yang berkaitan untuk jawatan ini kepada alamat di bawah:

Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia

d/a Masjid Negara Kuala Lumpur
Jalan Perdana, Tasik Perdana,
50480 Kuala Lumpur

Tel: 03 - 55236626
-