Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia
KOD EP: 8435
Ternakan ialah harta yang membiak. Wajib zakat atasnya.
Di Negeri Selangor, zakat ternakan umumnya ke atas dua jenis kelompok haiwan:
Kiraan Zakat ternakan perlu merujuk tujuan dan Niat Ternakan dilakukan.
A. Ternakan bukan untuk tujuan perniagaan
Ternakan untuk biakan bagi tujuan makanan harian
Syarat: Haiwan tersebut hendaklah dipelihara di padang ternakan (tidak diberi makan sepenuhnya oleh pemilik) dan tidak digunakan untuk bekerja.
Haul: Mencapai tempoh pemilikan genap satu tahun.
Nisab: Mencapai bilangan minimum tertentu mengikut jenis haiwan.
| Kadar Nisab (Bilangan ekor) | Kadar Zakat | Jantina | Umur |
|---|---|---|---|
| 30-39 | 1 ekor | Jantan | 1 Tahun Lebih* |
| 40-59 | 1 ekor | Betina | 2 Tahun Lebih* |
| 60-69 | 2 ekor | Jantan | 1 Tahun Lebih |
| 70-79 | 1 ekor / 1 ekor | Jantan / Betina | 1 Tahun Lebih* dan 2 Tahun Lebih |
| 80-89 | 2 ekor | Betina | 2 Tahun Lebih |
| 90-99 | 3 ekor | Jantan | 1 Tahun Lebih |
| 100-109 | 2 ekor dan 1 ekor | Jantan / Betina | 1 Tahun lebih dan 2 Tahun lebih |
| 110-119 | 2 ekor dan 1 ekor | Betina / Jantan | 2 Tahun lebih* dan 1 Tahun Lebih |
| 120-129 | 3 ekor dan 4 ekor | Betina / Jantan | 2 Tahun lebih* dan 1 Tahun lebih* |
Panduan: Apabila bilangan itu lebih daripada yang dinyatakan diatas maka bagi setiap 30 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor lembu Jantan yang berumur satu tahun lebih. Bagi setiap 40 ekor lembu diwajibkan zakat satu ekor anak lembu betina yang berumur 2 tahun lebih.
| Kadar Nisab (Bilangan ekor) | Kadar Zakat | Jantina | Umur |
|---|---|---|---|
| 40-120 | 1 ekor kambing biri-biri @ 1 ekor kambing | Jantan / Betina | 1 tahun lebih / 2 tahun lebih |
| 121-200 | 2 ekor kambing biri-biri @ 2 ekor kambing | Jantan / Betina | 1 tahun lebih / 2 tahun lebih |
| 201-399 | 3 ekor kambing biri-biri @ 3 ekor kambing | Jantan / Betina | 1 tahun lebih / 2 tahun lebih |
| Setiap 100 ekor | 1 ekor kambing biri-biri @ 1 ekor kambing | Jantan / Betina | 1 tahun lebih / 2 tahun lebih |
Umur: Sekiranya yang dizakatkan itu adalah biri-biri, umurnya mestilah 1 tahun atau lebih. Sekiranya kambing, mestilah berumur 2 tahun atau lebih.
Ya, lembu dan kerbau boleh dicampurkan atau digabungkan bilangannya untuk tujuan pengiraan nisab zakat. Dalam hukum syarak, lembu dan kerbau dianggap dalam kategori spesies ternakan yang sama (jenis Baqar) untuk pengiraan zakat.
Apabila anda memiliki kedua-dua jenis ternakan ini, jumlah keseluruhan akan dikira untuk menentukan sama ada ia mencapai nisab (bilangan minimum wajib zakat) iaitu 30 ekor.
Contoh: Jika anda mempunyai 20 ekor lembu dan 10 ekor kerbau, jumlah keseluruhan adalah 30 ekor. Ini telah mencapai nisab, dan zakat wajib dikeluarkan.
Secara umumnya, majoriti ulama berpendapat bahawa zakat ternakan perlu dikeluarkan dalam bentuk haiwan itu sendiri, bukan ditukar kepada wang tunai. Namun, terdapat perbincangan di kalangan fuqaha mengenai isu ini.
Pendapat Majoriti: Mengikut pandangan jumhur ulama, termasuk mazhab Syafie dan Maliki, zakat ternakan hendaklah dikeluarkan dalam bentuk haiwan mengikut jenis dan jumlah yang ditetapkan.
Pendapat Minoriti: Terdapat beberapa ulama yang membenarkan pembayaran zakat ternakan dalam bentuk wang tunai dengan syarat tertentu, terutamanya jika ia mendatangkan maslahah kepada golongan asnaf.
Penentuan harga binatang ternakan untuk tujuan zakat tunai mestilah berdasarkan harga pasaran semasa haiwan yang setara.
Fatwa dan Amalan Zakat Ternakan di Selangor
Zakat Perniagaan Ternakan: Jika haiwan ternakan adalah untuk tujuan perniagaan, maka zakat ternakan akan dibawa ke dalam perkiraan zakat perniagaan.
Kiraan Zakat ternakan perlu merujuk tujuan dan Niat Ternakan dilakukan.
Di Negeri Selangor, haiwan ternakan zakat adalah lembu, kerbau, kambing, dan biri-biri
| Situasi 1 | Syarat Wajib | Kiraan zakat |
|---|---|---|
| Ternakan dibiak bagi tujuan makanan harian. | Cukup Haul (tempoh setahun) dan Cukup Nisab (bilangan ekor) | Rujuk jadual zakat ternakan untuk bilangan dan jenis haiwan yang wajib dizakatkan. |
Untuk zakat ternakan, sepatutnya penternak serahkan binatang untuk dizakatkan itu ke LZS. Situasi ini akan menyulit bagi pihak pembayar zakat dan akan juga menyulitkan pihak LZS untuk agihan kepada para Asnaf. Demi memudahkan urusan zakat, para pembayar zakat diminta merujuk nilai harga setara (jadual dibawah) yang dibekalkan oleh Jabatan veterinar Negeri Selangor.
| Kadar Zakat | Kadar Nilai Zakat (RM) | |
|---|---|---|
| 1 lembu jantan | 1 tahun lebih | RM 3,500 |
| 1 kerbau jantan | 1 tahun lebih | RM 4,000 |
| 1 lembu betina | 2 tahun lebih | RM 4,500 |
| 1 kerbau betina | 2 tahun lebih | RM 5,000 |
| 1 kambing jantan | 2 tahun lebih | RM 800 |
| 1 kambing betina | 2 tahun lebih | RM 900 |
| 1 biri-biri jantan | 1 tahun lebih | RM 600 |
| 1 biri-biri betina | 1 tahun lebih | RM 700 |
1. Niat zakat haiwan ternakan oleh pembayar zakat
Inilah wang sebanyak RM______ sebagai menunaikan Zakat Haiwan ternakan yang wajib ke atas diri saya untuk tahun ini kerana Allah Ta'ala.
2. Niat zakat haiwan ternakan oleh wakil kepada diri pembayar zakat
Inilah wang sebanyak RM______ sebagai menunaikan Zakat Haiwan ternakan yang wajib ke atas (nama pembayar zakat) yang saya wakil untuk tahun ini kerana Allah Ta'ala.
Di Malaysia secara umumnya, majoriti ternakan adalah dalam kategori perniagaan. Pada setiap tahun akan ada haiwan yang dijual. Negara Malaysia tidak seperti negara lain. Amalan kehidupan rakyat Malaysia secara umumnya: mereka jual haiwan hidup, atau jual seluruh anggota haiwan sembelihan yang boleh dijual, atau mereka makan sebahagian dan menjual sebahagiannya.
Kiraan zakat
Haiwan ternakan dipelihara untuk dijual.
Kiraan zakat dikira berasaskan ketetapan perkiraan zakat perniagaan.
Nilai jualan terkumpul – kos perbelanjaan = Keuntungan bersih sebelum cukai.
1. Niat zakat Perniagaan oleh pembayar zakat
Inilah wang sebanyak RM______ sebagai menunaikan Zakat Perniagaan yang wajib ke atas diri saya untuk tahun ini kerana Allah Ta'ala.
2. Niat zakat Perniagaan oleh wakil kepada diri pembayar zakat
Inilah wang sebanyak RM______ sebagai menunaikan Zakat Perniagaan yang wajib ke atas (nama pembayar zakat) yang saya wakil untuk tahun ini kerana Allah Ta'ala.
Nilai untung bersih perniagaan sebelum cukai x 2.5% = Nilai Zakat
Nilai untung bersih perniagaan sebelum cukai x 2.577% = Nilai Zakat
Emas adalah logam yang bertambah nilai
Zakat dikenakan keatas emas simpanan, koleksi dan perhiasan
Kewajipan zakat emas tertakluk kepada dua syarat utama:
Emas yang dipakai sekurang-kurangnya sekali setahun tidak dikenakan zakat jika ia tidak melebih "uruf" negeri bermastautin bagi pembayar zakat. Kadar uruf emas perhiasan berbeza mengikut negeri di Malaysia kerana bidang kuasa hal ehwal Islam terletak di bawah kerajaan negeri masing-masing. Kadar uruf bagi tahun 2025 bagi beberapa negeri di Malaysia adalah seperti berikut:
| Negeri | Kadar Uruf (gram) |
|---|---|
| Kelantan | 600g |
| Johor | 850g |
| Wilayah Persekutuan | 800g |
| Selangor | 800g |
| Negeri-negeri Lain | Berbeza mengikut keputusan Majlis Agama Islam Negeri |
Bagi negeri di mana tiada uruf, ini bermakna kesemua barang kemas buatan emas perlu dizakat, tidak kira berapa beratnya.
Jenis-jenis emas simpanan yang wajib dibayar zakat:
Ya, jika nilai emas tidak mencukupi kadar nisab akan dimasukkan ke dalam perkiraan zakat simpanan.
Contoh pengiraan zakat emas bercagar
1. Niat zakat Emas oleh pembayar zakat
Inilah wang sebanyak RM______ sebagai menunaikan Zakat Emas yang wajib ke atas diri saya untuk tahun ini kerana Allah Ta'ala.
2. Niat zakat Emas oleh wakil kepada diri pembayar zakat
Inilah wang sebanyak RM______ sebagai menunaikan Zakat Emas yang wajib ke atas (nama pembayar zakat) yang saya wakil untuk tahun ini kerana Allah Ta'ala.
Sekiranya nilai emas tidak cukupi kadar nisab. Nilai emas akan digabungkan kedalam perkiraan zakat simpanan.
Setelah mengira jumlah zakat anda, sila teruskan pembayaran melalui pautan di bawah:
Bayar Zakat (Korporat/Individu)Perak adalah logam yang ada nilai tunai yang berkembang.
Nisab zakat perak adalah (595 gram).
RM4.64 satu gram
Perak tidak mempunyai konsep uruf seperti emas perhiasan.
Contoh: Anda memiliki 600g perak selama setahun
Nilai zakat ialah: 600g × kadar zakat = 600g x harga perak semasa/gram
Dalam konteks semasa, zakat perak amat relevan kerana nilai nisabnya yang rendah menyebabkan ia sering digunakan sebagai penanda aras untuk zakat harta atau simpanan lain.
Ya, jika kuantiti perak yang anda miliki tidak mencukupi kadar nisab (595 gram), nilai perak tersebut akan dimasukkan atau digabungkan ke dalam pengiraan zakat simpanan anda yang lain.
1. Niat zakat Perak oleh pembayar zakat
Inilah wang sebanyak RM______ sebagai menunaikan Zakat harta Perak yang wajib ke atas diri saya untuk tahun ini kerana Allah Ta'ala.
2. Niat zakat Perak oleh wakil kepada diri pembayar zakat
Inilah wang sebanyak RM______ sebagai menunaikan Zakat harta Perak yang wajib ke atas (nama pembayar zakat) yang saya wakil untuk tahun ini kerana Allah Ta'ala.
Sekiranya nilai perak tidak cukupi kadar nisab. Jumlah nilai perak akan digabungkan kedalam perkiraan zakat simpanan.
Setelah mengira jumlah zakat anda, sila teruskan pembayaran melalui pautan di bawah:
Bayar Zakat (Korporat/Individu)Terdapat perbezaan pandangan utama dalam kalangan ulama mengenai zakat Ma'din:
Di Malaysia, amalan dan fatwa negeri cenderung kepada pandangan majoriti, iaitu:
Kesimpulannya, hasil lombongan emas dikenakan Zakat Ma'din. Walaupun terdapat perbezaan pendapat mengenai kadar 2.5% vs 20%, amalan di Malaysia lazimnya mengikut kadar 2.5% dan tertakluk kepada syarat nisab dan haul.
Aktiviti perlombongan Syarikat atau perlombongan individu umumnya akan terlibat dalam aktiviti jualan atas hasil yang diperolehi. Niat perlombongan adalah untuk menjual hasil penemuan. Zakat akan dikira berasaskan zakat perniagaan iaitu ke atas keuntungan bersih yang diperoleh daripada aktiviti perlombongan tersebut.
Jumlah Hasil Jualan – Jumlah perbelanjaan = Jumlah Keuntungan bersih sebelum cukai
Zakat perlu dibayar = Jumlah Keuntungan bersih sebelum cukai x Kadar Zakat
Kadar Nisab zakat tahun hijrah Negeri Selangor 2025 adalah RM35,449.
1. Niat zakat Perniagaan oleh pembayar zakat
Inilah wang sebanyak RM______ sebagai menunaikan Zakat Perniagaan yang wajib ke atas diri saya untuk tahun ini kerana Allah Ta'ala.
2. Niat zakat Perniagaan oleh wakil kepada diri pembayar zakat
Inilah wang sebanyak RM______ sebagai menunaikan Zakat Perniagaan yang wajib ke atas (nama pembayar zakat) yang saya wakil untuk tahun ini kerana Allah Ta'ala.
Setelah mengira jumlah zakat anda, sila teruskan pembayaran melalui pautan di bawah:
Bayar Zakat (Korporat/Individu)Definisi:
Cash value ialah jumlah wang dalam akaun polisi anda selepas dibuat potongan perbelanjaan operasi tahunan dan fi pengurusan. Nota: Cash value boleh dicukai walaupun ia masih ada di dalam akaun polisi anda.
Syarat Wajib Zakat:
Definisi:
Nilai serahan ialah sejumlah wang yang akan anda perolehi daripada syarikat takaful jika anda menamatkan polisi takaful anda.
Cara Pengiraan:
Nilai serahan = Cash value - Caj serahan (jika ada)
Syarat Wajib Zakat:
Definisi:
Polisi matang merupakan polisi takaful yang telah mencapai akhir tempoh kontrak dan nilai matangnya telah diserahkan kepada pemegang polisi.
Cara Pengiraan:
Zakat ke atas polisi matang = Jumlah nilai matang x Kadar zakat
Nota: Zakat ini wajib dikeluarkan segera setelah nilai matang diterima.
Definisi:
Pampasan takaful merupakan bayaran yang diterima daripada syarikat takaful apabila berlaku musibah seperti kemalangan, kecacatan atau kematian.
Cara Pengiraan:
Zakat pampasan = Jumlah pampasan diterima x Kadar zakat
Nota: Zakat wajib dikeluarkan segera sebaik sahaja pampasan diterima.
Definisi:
Wang pulangan tunai dana tabarruk ialah lebihan dana tabarruk yang dikembalikan kepada peserta takaful selepas menolak tuntutan dan perbelanjaan.
Cara Pengiraan:
Zakat = Wang pulangan tunai x Kadar zakat
Syarat Wajib Zakat:
Definisi:
Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh ialah bayaran yang diterima apabila peserta mengalami keilatan kekal dan menyeluruh (total permanent disability - TPD).
Cara Pengiraan:
Zakat = Jumlah manfaat diterima x Kadar zakat
Nota: Zakat wajib dikeluarkan segera sebaik sahaja manfaat diterima kerana ia merupakan harta baru yang dimiliki.
Definisi:
Pampasan daripada polisi insurans konvensional yang mengandungi unsur riba. Walaupun haram, wang yang diterima tetap perlu dizakatkan.
Cara Pengiraan:
Zakat = (Jumlah pampasan - Premium yang dibayar) x Kadar zakat
Nota Penting:
"Sahaja aku mengeluarkan zakat takaful fardu kerana Allah Taala"
Setelah mengira jumlah zakat anda, sila teruskan pembayaran melalui pautan di bawah:
Bayar Zakat (Korporat/Individu)Anda boleh memilih untuk menyegerakan pembayaran zakat sejurus menerima wang kemenangan tersebut (jika ia telah mencapai nisab), walaupun belum cukup haul. Ini dibenarkan dalam Islam, tetapi ia adalah pilihan (sunat), bukan kewajipan.
Inilah wang sebanyak RM______ sebagai menunaikan Zakat Pendapatan yang wajib ke atas diri saya untuk tahun ini kerana Allah Ta'ala.
Inilah wang sebanyak RM______ sebagai menunaikan Zakat Pendapatan yang wajib ke atas (nama pembayar zakat) yang saya wakil untuk tahun ini kerana Allah Ta'ala.
Berasaskan Tahun Al-Hijrah (354-355 hari setahun)
Nilai Pendapatan bersih x 2.5% = Nilai Zakat
Berasaskan Tahun Al-Masihi (365-366 hari setahun)
Nilai Pendapatan bersih x 2.577% = Nilai Zakat
Setelah mengira jumlah zakat anda, sila teruskan pembayaran melalui pautan di bawah:
Bayar Zakat (Korporat/Individu)| Bil | Platform Dagangan Aset Digital (Digital Asset Exchange – DAX) |
Wang Kripto |
|---|---|---|
| 1 | Luno | BTC, ETH, XRP, AVAX, LTC, ADA, SOL, LINK, UNI, BCH |
| 2 | MX Exchange | BTC, ETH |
| 3 | Sinergy | BTC, ETH |
| 4 | Tokenize Xchange | CGH, BTC, ETH, LTC, SOL, UNI, XRP |
Zakat wajib dikeluarkan atas 'Matawang Kripto' dan 'Aset digital' setelah cukup haul dan nisab
Formula:
Nilai zakat wajib bayar = [(Jumlah Unit Wang Kripto x Harga seUnit Wang Kripto) + (Jumlah nilai Aset Digital)] x Kadar Zakat
Kadar Nisab zakat bagi Negeri Selangor 2025 adalah RM35,449.
Inilah wang sebanyak RM______ sebagai menunaikan Zakat Wang Kripto yang wajib ke atas diri saya untuk tahun ini kerana Allah Ta'ala.
Inilah wang sebanyak RM______ sebagai menunaikan Zakat Wang Kripto yang wajib ke atas (nama pembayar zakat) yang saya wakil untuk tahun ini kerana Allah Ta'ala.
Jika Jumlah nilai 'Wang Kripto + Aset Digital" x tidak cukup Nisab. Jumlah nilai 'wang kripto' dan 'aset digital' akan dimasukkan ke dalam kiraan Zakat Simpanan.
Berasaskan Tahun Al-Hijrah (354-355 hari setahun)
Kiraan zakat: Jumlah nilai 'Wang Kripto + Aset Digital" x 2.5% = Nilai Zakat wajib bayar
Berasaskan Tahun Al-Masihi (365-366 hari setahun)
Kiraan zakat: Jumlah nilai 'Wang Kripto + Aset Digital" x 2.577% = Nilai Zakat
Setelah mengira jumlah zakat anda, sila teruskan pembayaran melalui pautan di bawah:
Bayar Zakat (Korporat/Individu)Beberapa syarat perlu dipenuhi untuk harta yang ditemui dikira sebagai rikaz dan dikenakan zakat:
Hukum zakat harta karun berbeza daripada zakat harta biasa (perniagaan, pendapatan, simpanan)
Ia berbeza dari segi kadar zakat dan waktu pelaksanaan zakat.
Kiraan Zakat Harta Karun = Nilai harta Karun x 20%
Inilah wang sebanyak RM______ sebagai menunaikan Zakat Harta Karun yang wajib ke atas diri saya untuk tahun ini kerana Allah Ta'ala.
Inilah wang sebanyak RM______ sebagai menunaikan Zakat Harta Karun yang wajib ke atas (nama pembayar zakat) yang saya wakil untuk tahun ini kerana Allah Ta'ala.
Kiraan zakat: Jumlah nilai bersih harta Karun x 20% = Nilai Zakat wajib bayar
Setelah mengira jumlah zakat anda, sila teruskan pembayaran melalui pautan di bawah:
Bayar Zakat (Korporat/Individu)Qadha zakat ialah pelaksanaan zakat yang tertunda atau tidak ditunaikan pada tahun-tahun yang telah lalu apabila seseorang wajib bayar tetapi gagal melaksanakannya. Pembayaran boleh dibuat secara ansuran mengikut kemampuan, dengan kadar dan nisab dikira berdasarkan tahun yang lalu.
| Tahun | Jumlah |
|---|---|
| 2025 (Julai - Disember) | RM 35,449.00 |
| 2025 (Jan - Jun) | RM 29,961.00 |
| 2024 (Julai - Disember) | RM 27,696.00 |
| 2024 (Jan - Jun) | RM 24,007.00 |
| 2023 (Julai - Disember) | RM 23,035.00 |
| 2023 (Jan - Jun) | RM 20,978.00 |
Syarikat di Malaysia terikat dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Audit dilakukan berasaskan tahun masihi (bulan Januari hingga Disember). Bilangan hari adalah 365 – 366 se tahun. Kadar zakat sewajarnya ialah 2.577% setahun.
1. Niat Qadha Zakat perniagaan oleh pembayar zakat
Inilah wang sebanyak RM______ sebagai menunaikan Qadha Zakat Perniagaan yang wajib ke atas diri saya untuk tahun 2020 - 2024 kerana Allah Ta'ala.
2. Niat Qadha Zakat perniagaan oleh wakil kepada diri pembayar zakat
Inilah wang sebanyak RM______ sebagai menunaikan Qadha Zakat Perniagaan yang wajib ke atas (nama pembayar zakat) yang saya wakil untuk tahun 2020 - 2024 kerana Allah Ta'ala.
Di Malaysia, bayaran zakat syarikat kepada LZS secara keseluruhannya berasaskan Tahun Al-Masihi (365-366 hari setahun). Bayaran Zakat dibuat pada setiap bulan Disember (hujung tahun) atau bulan March setiap tahun.
Kiraan: jumlah Pendapatan bersih sebelum cukai tahun 2020 – 2024 x 2.577% = Nilai Wajib Zakat
Formula: [(Pendapatan tahun) + (Jumlah wang di bank simpanan pada hujung tahun + Anggaran wang tunai ditangan pada hujung tahun)] x Kadar Zakat (2.577%)
1. Niat Qadha Zakat perseorangan oleh pembayar zakat
Inilah wang sebanyak RM______ sebagai menunaikan Qadha Zakat Pendapatan yang wajib ke atas diri saya untuk tahun 2022-2024 kerana Allah Ta'ala.
2. Niat Qadha Zakat perseorangan oleh wakil kepada diri pembayar zakat
Inilah wang sebanyak RM______ sebagai menunaikan Qadha Zakat Pendapatan yang wajib ke atas (nama pembayar zakat) yang saya wakil untuk tahun 2022-2024 kerana Allah Ta'ala.
Bayaran zakat kepada LZS berasaskan Tahun Al-Masihi (365-366 hari setahun)
Nilai Pendapatan bersih tahun 2022-2024 x 2.577% = Nilai Zakat
Setelah mengira jumlah zakat anda, sila teruskan pembayaran melalui pautan di bawah:
Bayar Zakat (Korporat/Individu)| Negeri | Kadar Bayaran |
|---|---|
| Perak | RM10, RM16, RM27 |
| Perlis | RM9 |
| Pulau Pinang | RM7, RM10, RM15, RM25 |
| Sabah | RM7.50 |
| Selangor | RM7, RM15, RM22 |
| Wilayah Persekutuan | RM7, RM15, RM22 |
| Kelantan | RM8, RM14, RM21 |
| Terengganu | RM10, RM21 |
| Pahang | RM7, RM14, RM21 |
| Kedah | RM7, RM14 |
| Negeri Sembilan | RM7.50, RM12, RM22 |
| Melaka | RM7, RM15, RM22 |
| Johor | RM7, RM12, RM20 |
| Sarawak | RM7.50 |
Kadar Zakat Fitrah Individu merujuk ketapan Lembaga Zakat negeri.
Formula: Ketua keluarga + Bilangan tanggungan = Bil Individu × RM Kadar Fitrah pilihan
"Inilah wang sebanyak RM______ sebagai menunaikan Zakat Fitrah yang wajib ke atas diri saya dan tanggungan saya untuk tahun 2026 kerana Allah Ta'ala".
Kiraan zakat: Bil orang × RM Kadar Fitrah Pilihan = Nilai Zakat wajib bayar
Setelah mengira jumlah zakat fitrah anda, sila teruskan pembayaran melalui pautan di bawah:
Bayar Zakat FitrahZakat Perniagaan adalah Zakat atas Keuntungan Bersih Perniagaan
= (Jumlah pendapatan – Jumlah perbelanjaan) = Jumlah Keuntungan bersih Syarikat sebelum cukai
= Jumlah Keuntungan bersih Syarikat sebelum cukai adalah mungkin dari gabungan (Keuntungan bersih dari hasil industri pembuatan + industri makanan + hasil pertanian + hasil ternakan + hasil perikanan + hasil perlombongan + hasil perdagangan + hasil pembinaan + hasil penstrukturan kewangan + hasil perkhidmatan) – (seluruh kos perbelanjaan yang terlibat).
= Jumlah pendapatan – Jumlah perbelanjaan
= Jumlah Keuntungan bersih Syarikat sebelum cukai x Kadar Zakat
Kadar Nisab zakat simpanan tahun hijrah Negeri Selangor 2025 adalah RM35,449.
"Inilah wang sebanyak RM______ sebagai menunaikan Zakat Perniagaan yang wajib ke atas diri saya untuk tahun ini kerana Allah Ta'ala."
"Inilah wang sebanyak RM______ sebagai menunaikan Zakat Perniagaan yang wajib ke atas (nama pembayar zakat) yang saya wakil untuk tahun ini kerana Allah Ta'ala."
Setelah mengira jumlah zakat anda, sila teruskan pembayaran melalui pautan di bawah:
Bayar Zakat (Korporat/Individu)Zakat pendapatan adalah semua bentuk aktiviti kerja yang mendatangkan pendapatan dalam bentuk upah, dan gaji. Hadiah kemenangan juga dalam kategori pendapatan kerana ia adalah hasilan daripada usaha.
Pendapatan tahunan mesti melebihi jumlah Kadar Nisab Zakat LZS 2025 ialah RM35,449.00
Kadar Nisab zakat simpanan tahun hijrah Negeri Selangor 2025 adalah RM35,449.
Bagi pembayar zakat yang mengira haul mengikut kalendar Masihi, kadar yang disarankan oleh Accounting and Auditing Organization of Islamic Financial Institutions (AAOIFI) adalah sebanyak 2.577%. Ini adalah kerana jangka masa satu tahun dalam kalendar Masihi adalah lebih panjang daripada jangka masa setahun mengikut kalendar tahun Hijrah.
Perbelanjaan yang dibenarkan oleh LZS untuk tujuan pengiraan zakat pendapatan individu biasanya merujuk kepada:
Keperluan asasi yang diambil kira dalam penentuan Had al-Kafayah adalah seperti berikut:
Sila pilih kalkulator yang bersesuaian dengan tolakan perbelanjaan yang dibenarkan:
"Inilah wang sebanyak RM______ sebagai menunaikan Zakat Pendapatan yang wajib ke atas diri saya untuk tahun ini kerana Allah Ta'ala."
"Inilah wang sebanyak RM______ sebagai menunaikan Zakat Pendapatan yang wajib ke atas (nama pembayar zakat) yang saya wakil untuk tahun ini kerana Allah Ta'ala."
Setelah mengira jumlah zakat anda, sila teruskan pembayaran melalui pautan di bawah:
Bayar Zakat (Korporat/Individu)Zakat simpanan & Pelaburan adalah zakat yang dikenakan ke atas keseluruhan wang simpanan & pelaburan perseorangan.
Wang sama ada berbentuk kertas, syiling, emas, perak atau sebagainya (yang membawa nilai tunai atau boleh ditukar nilai kepada wang tunai). Ia dikatakan memiliki kuasa membeli.
Kadar Nisab zakat wang simpanan Negeri Selangor 2025 adalah RM35,449.
Nisab zakat Negeri Selangor 2025: RM35,449
Kadar Nisab zakat simpanan tahun hijrah Negeri Selangor 2025 adalah RM35,449.
Bagi pembayar zakat yang mengira haul mengikut kalendar Masihi, kadar yang disarankan oleh Accounting and Auditing Organization of Islamic Financial Institutions (AAOIFI) adalah sebanyak 2.577%. Ini adalah kerana jangka masa satu tahun dalam kalendar Masihi adalah lebih panjang daripada jangka masa setahun mengikut kalendar tahun Hijrah.
Kadar Nisab zakat simpanan tahun hijrah Negeri Selangor 2025 adalah RM35,449.
"Inilah wang sebanyak RM______ sebagai menunaikan Zakat Simpanan yang wajib ke atas diri saya untuk tahun ini kerana Allah Ta'ala."
"Inilah wang sebanyak RM______ sebagai menunaikan Zakat Simpanan yang wajib ke atas (nama pembayar zakat) yang saya wakil untuk tahun ini kerana Allah Ta'ala."
Setelah mengira jumlah zakat anda, sila teruskan pembayaran melalui pautan di bawah:
Bayar Zakat (Korporat/Individu)Firman Allah SWT: Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya. (Surah al-An'am: 141)
Jenis tanaman yang dikenakan zakat adalah biji-bijian atau buah-buahan yang dijadikan makanan asasi dan boleh disimpan lama. Dalam konteks Selangor, merujuk kepada padi.
Zakat padi wajib dikeluarkan atas HASIL BERSIH jualan padi (Hasil jualan padi – kos penghasilan padi). Kadar zakat padi ialah 5% dan nisabnya ialah 1,306kg. Rujukan Keputusan Fatwa Bil. 6/2017, 12 Disember 2017.
Kewajipan zakat dikenakan apabila hasil tuaian mencapai syarat nisab dan kadar zakat.
Penentuan Harga Padi semasa adalah berdasarkan kepada Harga Belian BERNAS
(Harga Belian BERNAS sekilogram pada masa ini adalah RM 1.80)
Maka Nisab bagi Zakat Padi bagi tahun 2025 bagi Negeri Selangor
= 1306 kg x RM 1.80 = RM 2,350.80
Contoh: Seorang petani memperoleh hasil tuaian padi sebanyak 2,000 kg dalam satu musim.
Musim Pertama 2025:
Nilai bersih = RM2,000.00 (kurang dari nisab RM2350.80 atau 1306kg x RM1.80)
Musim Kedua 2025:
Nilai bersih = RM2,000.00 (kurang dari nisab RM2350.80 atau 1306kg x RM1.80)
Maka, RM2,000 + RM2,000.00 = RM4,000.00 (lebih dari nisab)
Jumlah perlu bayar zakat: RM4,000 x 5% = RM200.00
a) Sekiranya hasil pertanian itu dijual untuk tukar bentuk kepada tunai. Hasil itu akan dijumlahkan dalam kiraan Zakat Simpanan tahun hadapan.
Sekiranya padi diniagakan, ia akan dimasukkan dalam perkiraan Zakat perniagaan.
Tanaman lain seperti sayur-sayuran, buah-buahan, getah, kelapa sawit biasanya tidak dikenakan zakat pertanian. Hasil tani ini umumnya jadi sumber pendapatan bagi pelaksananya. Pendapatan bersih hasilan jualan akan dijumlahkan dalam perkiraan Zakat Pendapatan
Berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali ke 2/2005, wang subsidi (kupon) padi adalah dikira sebagai Mal a-Mustafad (harta pendapatan). Ia akan dimasukkan kedalam perkiraan zakat pendapatan.
1. Niat zakat padi oleh pembayar zakat
Inilah wang sebanyak RM______ sebagai menunaikan Zakat Padi yang wajib ke atas diri saya untuk tahun ini kerana Allah Ta'ala.
2. Niat zakat padi oleh wakil kepada diri pembayar zakat
Inilah wang sebanyak RM______ sebagai menunaikan Zakat Padi yang wajib ke atas (nama pembayar zakat) yang saya wakil untuk tahun ini kerana Allah Ta'ala.
Padi Adalah perniagaan.
1. Niat zakat padi oleh pembayar zakat
Inilah wang sebanyak RM______ sebagai menunaikan Zakat Perniagaan yang wajib ke atas diri saya untuk tahun ini kerana Allah Ta'ala.
2. Niat zakat padi oleh wakil kepada diri pembayar zakat
Inilah wang sebanyak RM______ sebagai menunaikan Zakat Perniagaan yang wajib ke atas (nama pembayar zakat) yang saya wakil untuk tahun ini kerana Allah Ta'ala.
Nilai untung bersih perniagaan sebelum cukai x 2.5% = Nilai Zakat
Nilai untung bersih perniagaan sebelum cukai x 2.577% = Nilai Zakat
Setelah mengira jumlah zakat anda, sila teruskan pembayaran melalui pautan di bawah:
Bayar Zakat (Korporat/Individu)Harta Faraid adalah harta pusaka yang membawa nilai.
Harta Faraid yang boleh menghasilkan pendapatan; wajib dibayar zakat.
Sebelum harta pusaka dibahagikan kepada waris, sekiranya si mati mempunyai baki zakat yang belum dibayar semasa hayatnya (zakat perniagaan, zakat pendapatan, zakat simpanan) bagi tahun sebelumnya; adalah wajib bagi waris melunaskan zakat harta bagi si mati terlebih dahulu daripada keseluruhan harta peninggalan si mati. Ini adalah hutang kepada Allah SWT yang perlu diselesaikan sebelum hak pecahan bagi waris bermula.
Setelah harta pusaka dibahagikan secara Faraid dan diterima oleh waris, tanggungjawab zakat telah berpindah kepada setiap waris yang menerima bahagian harta masing-masing.
Tanah adalah harta tidak alih yang bukan simpanan tunai. Ia tidak tergolong dalam kategori zakat simpanan secara langsung, melainkan jika tanah tersebut dijual.
Harta Faraid digabungkan dengan harta simpanan yang cukup haul sedia ada. Sekiranya capai nisab atau lebih RM35,499; wajib zakat dikeluarkan.
1. Niat zakat Harta oleh pembayar zakat
Inilah wang sebanyak RM______ sebagai menunaikan Zakat Harta yang wajib ke atas diri saya untuk tahun ini kerana Allah Ta'ala.
2. Niat zakat Harta oleh wakil kepada diri pembayar zakat
Inilah wang sebanyak RM______ sebagai menunaikan Zakat Harta yang wajib ke atas (nama pembayar zakat) yang saya wakil untuk tahun ini kerana Allah Ta'ala.
(nilai harta Faraid + nilai simpanan cukup haul) x 2.5% = Nilai Zakat
(nilai harta Faraid + nilai simpanan cukup haul) x 2.577% = Nilai Zakat
Setelah mengira jumlah zakat anda, sila teruskan pembayaran melalui pautan di bawah:
Bayar Zakat (Korporat/Individu)Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-74 telah bersidang pada Julai 2006 dan telah memutuskan bahawa: Mengikut Mazhab Syafie, zakat harta wajib dikeluarkan apabila cukup nisab dan haul. Wang KWSP adalah harta simpanan maka zakat wajib dikenakan apabila ia dikeluarkan setelah sempurna cukup haul dan nisab.
"Sahaja aku mengeluarkan zakat wang KWSP yang menjadi hakku, wajib kerana Allah Taala"
Nota: Sekiranya pembayar zakat sudah membayar zakat pendapatan terus kepada Majlis Agama Islam, maka hanya zakat simpanan wang perlu dibayar sekiranya telah mencapai nisab.
"Sahaja aku mengeluarkan zakat wang KWSP Akaun 3 yang menjadi hakku, wajib kerana Allah Taala"
Setelah mengira jumlah zakat anda, sila teruskan pembayaran melalui pautan di bawah:
Bayar Zakat (Korporat/Individu)

