Infaq Sedeqah melalui ANGKASA “IBU AYAH SENTIASA DIDAHULUKAN DAN DIMULIAKAN SEBELUM DIRI SENDIRI”
Assalammualaikum YBhg Tuan/ Puan yang diRahmati Allah SWT
Ini adalah fasiliti sumbangan sedeqah dan infaq yang sistematik berjadual. Melalui fasiliti ANGKASA, gaji para penginfak akan
dipotong sebelum baki gaji diserahkan kepada para penginfaq. Sumbangan infaq ini adalah dengan niat kebajikan untuk mensyurgakan
Ibu dan Ayah. Kaedah ini terbuka kepada seluruh kakitangan Islam di Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan dan Syarikat berkaitan
Kerajaan (GLC) di seluruh Malaysia yang mana urusan gaji bulanan penjawat awam dan warga GLC adalah diurus oleh pihak ANGKASA.
Kaedah ini memerlukan
Pengisian borang ANGKASA KHAS yang disediakan oleh pihak ANGKASA
Salinan Hadapan dan belakang Kad Pengenalan
Slip gaji terkini untuk 3 bulan
Kaedah ini rumit, tetapi sumbangan melalui kaedah inilah yang paling hebat kerana kaedah ini “IBU AYAH SENTIASA DIDAHULUKAN DAN DIMULIAKAN SEBELUM DIRI SENDIRI”
Manfaatkan fasiliti ANGKASA untuk berinfaq
Potongan ANGKASA ini unik. Ia menyediakan satu fasiliti Istimewa yang memuliakan Ibu & Ayah. Para penginfaq yang membuat potongan
ANGKASA, keutamaan fokas gaji bagi mereka ialah mendahulukan senyuman dan gembira ibu dan ayah mereka sebelum untuk diri mereka sendiri.
Syurgakan ibu dan ayah adalah keutamaan bagi mereka; tiada satupun diatas dunia yang akan mendahului keutamaan hasrat mereka atas ibu dan
ayah mereka. Mereka hanya akan makan setelah ibu dan ayah mereka sempurna makan.
Potongan ANGKASA bermaksud infaq kekal berterusan dalam tempoh bekerja dan juga dalam tempoh persaraan. Sekiranya penginfaq meninggal
pada mana-mana titik masa samada semasa dalam bertugas mahupun dalam persaraan; penginfaq adalah insan yang sedang berusaha untuk
mengsyurgakan ibu dan ayah. Semasa mengisi borang ANGKASA, para penginfaq telah berniat infaq. Pada saat dan ketika penginfaq dijemput
kembali kepada RahmatNYA, penginfaq sedang melaksanakan infaq sedeqah berjadual untuk bulan seterusnya bagi ibu dan ayah mereka. Moga Allah
SWT redha syurga atas ibu ayah para penginfaq. InsyaAllah Redha juga dari Allah SWT akan syurga bagi diri penginfaq yang memuliakan ibu dan
ayah mereka.
Terima kasih dan hormat kami kepada Tuan/ Puan yang bersedeqah dan berinfaq menjadikan seluruh program Islam di Yayasan YPEM sebagai kebajikan
untuk Ibu dan Ayah. Moga pahala daripada usaha Islam ini akan menjadi bekalan kebajikan terbaik untuk kemuliaan ibu dan ayah para penginfaq;
dan moga Allah SWT Redha Syurga bagi setiap ibu dan ayah kepada para penginfaq.
YBhg Tuan/Puan yang ingin bersama untuk berinfaq atas urusan Islam dan al-Quran di YPEM melalui fasiliti ANGKASA boleh dilakukan dengan 3 cara:
Hubungi Yayasan YPEM (03-55236626 atau 014-3226557), minta pihak Yayasan beri taklimat khas ke Organisasi YBhg Tuan/Puan. Melalui
taklimat, pihak Tuan/ Puan akan dapat mengetahui semua projek al-Quran dan projek Islam yang diurus oleh Yayasan YPEM. Pihak Tuan/ Puan
akan juga mengetahui projek al-Quran dan projek Islam yang boleh dimanfaatkan.
Ambil borang di premis Yayasan YPEM, di Masjid Negara, Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur
Minta kami poskan kepada YBhg Tuan/ Puan.
Kebersamaan YBhg Tuan/ Puan bersama kami, adalah kemuliaan YBhg Tuan/Puan. Hormat daripada kami,
Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia. Terima kasih.
VIDEO MUSIBAH KECURIAN DI YAYASAN YPEM>
Panduan Solat: Takbiratul Ihram
Panduan Solat: Surah Al-Fatihah
Panduan Solat: Tashahhud Akhir
Panduan Solat: Memberi Salam
DUITNOW YPEM
Senarai Peserta ke Peringkat Akhir & Penerima Sijil (Kemaskini sehingga 15hb September 2022)
A. Penghargaan kepada penginfaq dan pasangan yang berumur 55 tahun dan keatas
Penginfaq dan pasangan boleh tinggal dimana-mana bilik milik Yayasan hingga ke akhir usia mereka secara PERCUMA. Penginfaq dibenarkan untuk bertukar-tukar bilik mengikut keselesaan.
Penginfaq dibenarkan memperuntukkan ruang bilik mereka kepada mana-mana waris beliau untuk bermalam pada kadar PERCUMA tetapi bersyarat waris-waris itu menginap untuk tujuan mengikuti kelas pengajian di Yayasan YPEM. Kebenaran penginapan untuk waris hanya dan hanya dibenarkan selagi penginfaq masih hidup.
Penginfaq tidak wajib mengikuti semua kelas pengajian di Yayasan YPEM. Penginfaq boleh pilih kelas-kelas pilihan yang disukai.
Penginfaq tidak dibenarkan memelihara binatang di dalam bilik.
Setiap kali bilik tidak digunakan; kunci bilik mesti diserahkan kepada pihak Yayasan. Pihak Yayasan berhak untuk menyewakan bilik tersebut untuk para pelajar yang tidak mampu berinfaq pada jumlah RM30,000.
B. Penghargaan kepada penginfaq dan pasangan yang berumur 55 tahun dan kebawah
Penginfaq dan pasangan boleh tinggal dimana-mana bilik milik Yayasan terhad kepada 30 hari sahaja di dalam setahun. Penginfaq dibenarkan untuk bertukar-tukar bilik mengikut keselesaan.
Penginfaq dibenarkan memperuntukkan ruang bilik mereka kepada mana-mana waris beliau untuk bermalam pada kadar PERCUMA tetapi bersyarat waris-waris itu menginap untuk tujuan mengikuti kelas pengajian di Yayasan YPEM. Kebenaran penginapan untuk waris hanya dan hanya dibenarkan selagi penginfaq masih hidup. Jumlah bilangan hari maksima (gabungan penginfaq dan waris) adalah terhad kepada 30 hari sahaja.
Penginfaq tidak wajib mengikuti semua kelas pengajian di Yayasan YPEM. Penginfaq boleh pilih kelas-kelas pilihan yang disukai.
Penginfaq tidak dibenarkan memelihara binatang di dalam bilik.
Setelah penginfaq berusia lebih dari 55 tahun; penghargaan kepada penginfaq bertukar kepada terma-terma pada kategori A di atas.
Setiap kali bilik tidak digunakan; kunci bilik mesti diserahkan kepada pihak Yayasan. Pihak Yayasan berhak untuk menyewakan bilik tersebut untuk para pelajar yang tidak mampu berinfaq pada jumlah RM30,000.
Disediakan oleh Pihak Pengurusan Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia.
Borang Permohonan Wujudkan Pengajian di Kawasan Anda
Borang Daftar Pengajian Al-Quran Di Yayasan YPEM
Borang Daftar Khidmat Nasihat Perniagaan Islam
Borang Mohon Pihak Yayasan YPEM Hadir Ke Kementerian/ Jabatan/ Agency/ GLC/ Syarikat untuk Memberi Pencerahan Zakat