BIMBINGAN PERNIAGAAN ISLAM PERCUMA UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN DAN SWASTA YANG AKAN BESARA DI SELURUH MALAYSIA

Bimbingan dan Konsultasi Perniagaan ini disediakan PERCUMA oleh pihak Yayasan YPEM kepada seluruh kakitangan Kerajaan dan swasta yang akan BESARA di seluruh Malaysia. Perniagaan menjanjikan keuntungan yang besar tanpa had tetapi ketiadaan ilmu dalam perniagaan boleh mengakibatkan kerugian menyeluruh tanpa had. Pihak Yayasan YPEM dengan tenaga pembimbing yang berpengalaman akan memberi tunjuk ajar perniagaan berasaskan Islam. Perniagaan Islam tidak ada spekulatif atau bermain dengan perancangan strategik yang berisiko. Semua Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan dan syarikat Swasta boleh menjemput pihak Yayasan YPEM untuk memberi taklimat perniagaan tanpa dikenakan Caj bayaran.