SEDEQAH TUDUNG YAYASAN YPEM UNTUK DIPAKAIKAN DAN DIHADIAHKAN KEPADA PELANCONG DI MASJID NEGARA
Program ini telah bermula sejak Jun 2024 ini. Ia adalah program Islam untuk rakyat ANTARABANGSA. Para pelancong Wanita (free hair) daripada
luar negara akan dipakaikan dan dihadiahkan tudung sebagai hadiah cenderahati. Alhamdulillah, sambutan amat baik daripada para pelancong.
Mereka amat gembira apabila kecantikan mereka diserlahkan oleh tudung-tudung yang indah berwarna warni.
Program ini telah mendapat sedeqah bekalan tudung terutamanya daripada warga Program ini telah mendapat sedeqah bekalan tudung terutamanya
daripada warga Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftaran Negara, Tenaga Nasional Berhad, Syarikat GLC,
Syarikat Swasta, Para peniaga dan juga individu perseorangan. Terima kasih daripada kami atas segala sokongan ikhlas dan kebaikan Kerjasama
yang memudahkan urusan Islam di Yayasan YPEM.
Kami, Yayasan YPEM terus berharap sokongan derma tudung daripada individu dan korporat Malaysia. Bilangan pelancong amat ramai, memungkinkan
bekalan tudung tidak cukup untuk menampung permintaan yang makin bertambah. Rakyat Malaysia yang ingin bersedeqah dan berinfaq tudung, mohon
dan dihargai tolong isi borang dibawah untuk memudahkan kami berkomunikasi dan menguruskan pengambilan tudung daripada YBhg Puan. Moga
Allah SWT melimpahkan rezeki dan keberkatan kepada semua insan baik hati yang bersedeqah dan berinfaqkan tudung atas visi dan matlamat
untuk memuliakan seseorang di sisi Allah SWT.
A. Penghargaan kepada penginfaq dan pasangan yang berumur 55 tahun dan keatas
Penginfaq dan pasangan boleh tinggal dimana-mana bilik milik Yayasan hingga ke akhir usia mereka secara PERCUMA. Penginfaq dibenarkan untuk bertukar-tukar bilik mengikut keselesaan.
Penginfaq dibenarkan memperuntukkan ruang bilik mereka kepada mana-mana waris beliau untuk bermalam pada kadar PERCUMA tetapi bersyarat waris-waris itu menginap untuk tujuan mengikuti kelas pengajian di Yayasan YPEM. Kebenaran penginapan untuk waris hanya dan hanya dibenarkan selagi penginfaq masih hidup.
Penginfaq tidak wajib mengikuti semua kelas pengajian di Yayasan YPEM. Penginfaq boleh pilih kelas-kelas pilihan yang disukai.
Penginfaq tidak dibenarkan memelihara binatang di dalam bilik.
Setiap kali bilik tidak digunakan; kunci bilik mesti diserahkan kepada pihak Yayasan. Pihak Yayasan berhak untuk menyewakan bilik tersebut untuk para pelajar yang tidak mampu berinfaq pada jumlah RM30,000.
B. Penghargaan kepada penginfaq dan pasangan yang berumur 55 tahun dan kebawah
Penginfaq dan pasangan boleh tinggal dimana-mana bilik milik Yayasan terhad kepada 30 hari sahaja di dalam setahun. Penginfaq dibenarkan untuk bertukar-tukar bilik mengikut keselesaan.
Penginfaq dibenarkan memperuntukkan ruang bilik mereka kepada mana-mana waris beliau untuk bermalam pada kadar PERCUMA tetapi bersyarat waris-waris itu menginap untuk tujuan mengikuti kelas pengajian di Yayasan YPEM. Kebenaran penginapan untuk waris hanya dan hanya dibenarkan selagi penginfaq masih hidup. Jumlah bilangan hari maksima (gabungan penginfaq dan waris) adalah terhad kepada 30 hari sahaja.
Penginfaq tidak wajib mengikuti semua kelas pengajian di Yayasan YPEM. Penginfaq boleh pilih kelas-kelas pilihan yang disukai.
Penginfaq tidak dibenarkan memelihara binatang di dalam bilik.
Setelah penginfaq berusia lebih dari 55 tahun; penghargaan kepada penginfaq bertukar kepada terma-terma pada kategori A di atas.
Setiap kali bilik tidak digunakan; kunci bilik mesti diserahkan kepada pihak Yayasan. Pihak Yayasan berhak untuk menyewakan bilik tersebut untuk para pelajar yang tidak mampu berinfaq pada jumlah RM30,000.
Disediakan oleh Pihak Pengurusan Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia.
Borang Permohonan Wujudkan Pengajian di Kawasan Anda
Borang Daftar Pengajian Al-Quran Di Yayasan YPEM
Borang Daftar Khidmat Nasihat Perniagaan Islam
Borang Mohon Pihak Yayasan YPEM Hadir Ke Kementerian/ Jabatan/ Agency/ GLC/ Syarikat untuk Memberi Pencerahan Zakat