Alhamdulillah, Rahmat daripada Allah SWT. Yayasan YPEM mendapat sokongan projek Islam yang amat terbaik
daripada pihak pengurusan MYDIN. Pihak Mydin menyediakan kemudahan infaq untuk membantu program Bimbingan
dan Hafazan al-Quran PERCUMA Yayasan YPEM di seluruh Malaysia. Pihak Mydin dengan baiks hati memudahkan
urusan infaq rakyat Malaysia kepada Yayasan YPEM melalui system transaksi kaunter elektronik di semua
Hypermarket, Supermarket dan Bazaar Mydin.
Terdapat 2 kaedah infaq disediakan oleh pihak Mydin
Kaedah pertama. Serahan infaq tunai di kaunter Mydin. Nilai infaq umumnya adalah merujuk kepada baki transaksi.
Contoh, merujuk kepada gambar di atas, “Abang, saya mahu sedeqah RM2 untuk ibu & ayah saya”. Juruwang Mydin, akan
memasukkan nilai infaq ke dalam sistem Mydin. Juruwang akan menyerahkan resit. Resit ada dua bentuk. Jumlah infaq
mungkin dimasukkan dalam resit belian barangan, atau resit infaq dikeluarkan secara berasingan. Kaedah infaq ini
kerap digunakan oleh para ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka semasa di kaunter. Moga sentiasa ingat pada ibu
ayah apabila berbelanja rezeki yang di kurniakan oleh Allah SWT.
Kaedah kedua. Terdapat Hypermarket/Supermarket/Bazaar Mydin menyediakan fasiliti letakan tabung Yayasan YPEM bagi
memudahkan ibu ayah yang cenderung kepada sistem Tabungan dan juga untuk memudahkan urusan sedeqah wang syiling.
Kaedah ini tidak ada resit tetapi pada waktu tutup akaun malam, pihak kewangan Mydin akan mengira jumlah terkumpul
dan mencetakkan resit sebagai bukti transaksi kepada pihak Yayasan YPEM.
Kami pihak Yayasan YPEM bersyukur dan berterima kasih kepada pihak Mydin, para penginfaq dan semua kakitangan Mydin
yang memudahkan urusan Islam di Yayasan YPEM. Moga Allah SWT memudahkan dan melimpahkan rezeki bagi para penginfaq
dan bagi setiap mereka yang memudahkan urusan di Yayasan YPEM. Aamiin.
VIDEO MUSIBAH KECURIAN DI YAYASAN YPEM>
Panduan Solat: Takbiratul Ihram
Panduan Solat: Surah Al-Fatihah
Panduan Solat: Tashahhud Akhir
Panduan Solat: Memberi Salam
DUITNOW YPEM
Senarai Peserta ke Peringkat Akhir & Penerima Sijil (Kemaskini sehingga 15hb September 2022)
A. Penghargaan kepada penginfaq dan pasangan yang berumur 55 tahun dan keatas
Penginfaq dan pasangan boleh tinggal dimana-mana bilik milik Yayasan hingga ke akhir usia mereka secara PERCUMA. Penginfaq dibenarkan untuk bertukar-tukar bilik mengikut keselesaan.
Penginfaq dibenarkan memperuntukkan ruang bilik mereka kepada mana-mana waris beliau untuk bermalam pada kadar PERCUMA tetapi bersyarat waris-waris itu menginap untuk tujuan mengikuti kelas pengajian di Yayasan YPEM. Kebenaran penginapan untuk waris hanya dan hanya dibenarkan selagi penginfaq masih hidup.
Penginfaq tidak wajib mengikuti semua kelas pengajian di Yayasan YPEM. Penginfaq boleh pilih kelas-kelas pilihan yang disukai.
Penginfaq tidak dibenarkan memelihara binatang di dalam bilik.
Setiap kali bilik tidak digunakan; kunci bilik mesti diserahkan kepada pihak Yayasan. Pihak Yayasan berhak untuk menyewakan bilik tersebut untuk para pelajar yang tidak mampu berinfaq pada jumlah RM30,000.
B. Penghargaan kepada penginfaq dan pasangan yang berumur 55 tahun dan kebawah
Penginfaq dan pasangan boleh tinggal dimana-mana bilik milik Yayasan terhad kepada 30 hari sahaja di dalam setahun. Penginfaq dibenarkan untuk bertukar-tukar bilik mengikut keselesaan.
Penginfaq dibenarkan memperuntukkan ruang bilik mereka kepada mana-mana waris beliau untuk bermalam pada kadar PERCUMA tetapi bersyarat waris-waris itu menginap untuk tujuan mengikuti kelas pengajian di Yayasan YPEM. Kebenaran penginapan untuk waris hanya dan hanya dibenarkan selagi penginfaq masih hidup. Jumlah bilangan hari maksima (gabungan penginfaq dan waris) adalah terhad kepada 30 hari sahaja.
Penginfaq tidak wajib mengikuti semua kelas pengajian di Yayasan YPEM. Penginfaq boleh pilih kelas-kelas pilihan yang disukai.
Penginfaq tidak dibenarkan memelihara binatang di dalam bilik.
Setelah penginfaq berusia lebih dari 55 tahun; penghargaan kepada penginfaq bertukar kepada terma-terma pada kategori A di atas.
Setiap kali bilik tidak digunakan; kunci bilik mesti diserahkan kepada pihak Yayasan. Pihak Yayasan berhak untuk menyewakan bilik tersebut untuk para pelajar yang tidak mampu berinfaq pada jumlah RM30,000.
Disediakan oleh Pihak Pengurusan Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia.
Borang Permohonan Wujudkan Pengajian di Kawasan Anda
Borang Daftar Pengajian Al-Quran Di Yayasan YPEM
Borang Daftar Khidmat Nasihat Perniagaan Islam
Borang Mohon Pihak Yayasan YPEM Hadir Ke Kementerian/ Jabatan/ Agency/ GLC/ Syarikat untuk Memberi Pencerahan Zakat