PROGRAM AL-QURAN DAN HAFAZAN PERCUMA UNTUK KAKITANGAN SYARIKAT DAN KORPORAT SELURUH MALAYSIA
Alhamdulillah, Rahmat daripada Allah SWT. Atas izinNYA, Yayasan YPEM diberikan keupayaan untuk menawarkan bimbingan al-Quran secara PERCUMA kepada seluruh
syarikat dan korporat di Malaysia. Al-Quran dan Sunnah adalah petunjuk bagi kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Al-Quran menjanjikan keceriaan, kemuliaan,
dan integriti yang menjanjikan kejayaan yang pasti untuk pembacanya; dan juga kepastian capai visi bagi Organisasinya. Majoriti para tenaga pengajar di Yayasan
YPEM adalah terdiri daripada para Ustaz yang berkelulusan minima Ijazah Sarjana Muda Al-Quran dan Qiraat Universiti Al-Azhar Shoubra, Mesir yang menghafal 30 juzuk al-Quran.
Bimbingan al-Quran yang diberikan adalah bermula dari asas hingga ke peringkat hafazan; ia adalah merujuk kepada permintaan pihak syarikat. Bagi Syarikat / korporat
yang berminat untuk mendapatkan khidmat bimbingan al-Quran daripada para Ustaz Yayasan YPEM. Mohon dihargai, sila isi borang di bawah. Pegawai pihak Yayasan akan
hadir ke syarikat tuan, untuk menyelaraskan bagi ketentuan tarikh, masa, bilangan hari dan sebagainya. Kebersamaan syarikat tuan, bersama kami dalam urusan Islam
adalah sentiasa kami dahului dengan ucapan hormat terima kasih.
A. Penghargaan kepada penginfaq dan pasangan yang berumur 55 tahun dan keatas
Penginfaq dan pasangan boleh tinggal dimana-mana bilik milik Yayasan hingga ke akhir usia mereka secara PERCUMA. Penginfaq dibenarkan untuk bertukar-tukar bilik mengikut keselesaan.
Penginfaq dibenarkan memperuntukkan ruang bilik mereka kepada mana-mana waris beliau untuk bermalam pada kadar PERCUMA tetapi bersyarat waris-waris itu menginap untuk tujuan mengikuti kelas pengajian di Yayasan YPEM. Kebenaran penginapan untuk waris hanya dan hanya dibenarkan selagi penginfaq masih hidup.
Penginfaq tidak wajib mengikuti semua kelas pengajian di Yayasan YPEM. Penginfaq boleh pilih kelas-kelas pilihan yang disukai.
Penginfaq tidak dibenarkan memelihara binatang di dalam bilik.
Setiap kali bilik tidak digunakan; kunci bilik mesti diserahkan kepada pihak Yayasan. Pihak Yayasan berhak untuk menyewakan bilik tersebut untuk para pelajar yang tidak mampu berinfaq pada jumlah RM30,000.
B. Penghargaan kepada penginfaq dan pasangan yang berumur 55 tahun dan kebawah
Penginfaq dan pasangan boleh tinggal dimana-mana bilik milik Yayasan terhad kepada 30 hari sahaja di dalam setahun. Penginfaq dibenarkan untuk bertukar-tukar bilik mengikut keselesaan.
Penginfaq dibenarkan memperuntukkan ruang bilik mereka kepada mana-mana waris beliau untuk bermalam pada kadar PERCUMA tetapi bersyarat waris-waris itu menginap untuk tujuan mengikuti kelas pengajian di Yayasan YPEM. Kebenaran penginapan untuk waris hanya dan hanya dibenarkan selagi penginfaq masih hidup. Jumlah bilangan hari maksima (gabungan penginfaq dan waris) adalah terhad kepada 30 hari sahaja.
Penginfaq tidak wajib mengikuti semua kelas pengajian di Yayasan YPEM. Penginfaq boleh pilih kelas-kelas pilihan yang disukai.
Penginfaq tidak dibenarkan memelihara binatang di dalam bilik.
Setelah penginfaq berusia lebih dari 55 tahun; penghargaan kepada penginfaq bertukar kepada terma-terma pada kategori A di atas.
Setiap kali bilik tidak digunakan; kunci bilik mesti diserahkan kepada pihak Yayasan. Pihak Yayasan berhak untuk menyewakan bilik tersebut untuk para pelajar yang tidak mampu berinfaq pada jumlah RM30,000.
Disediakan oleh Pihak Pengurusan Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia.
Borang Permohonan Wujudkan Pengajian di Kawasan Anda
Borang Daftar Pengajian Al-Quran Di Yayasan YPEM
Borang Daftar Khidmat Nasihat Perniagaan Islam
Borang Mohon Pihak Yayasan YPEM Hadir Ke Kementerian/ Jabatan/ Agency/ GLC/ Syarikat untuk Memberi Pencerahan Zakat