PROGRAM TAJWID WARGA EMAS BIMBINGAN AL-QURAN DAN PENGAJIAN ISLAM PERCUMA 5 MALAM 4 HARI
PROGRAM TAJWID KHAS untuk Warga Malaysia 55 tahun keatas adalah ditawarkan kepada peserta samada bersama pasangan / sahabat.
Pihak Yayasan YPEM menyediakan Penginapan dan Bimbingan al-Quran dan Pengajian Islam PERCUMA selama 5 Malam 4 Hari. Program ini
berobjektif untuk menambah baik bacaan tajwid al-Quran bagi setiap umat Islam warga emas di Malaysia. Disamping bertujuan
memperkemaskan keilmuan Tauhid dan Feqah.
Ibu dan Ayah yang berminat, mohon anak isikan Borang dan Baca Peraturan yang disediakan. Terima kasih atas kesudian hadir dan belajar
di Yayasan YPEM. Moga Allah SWT memberikan kesihatan dan limpahan nikmat ilmu al-Quran yang memuliakan.
A. Penghargaan kepada penginfaq dan pasangan yang berumur 55 tahun dan keatas
Penginfaq dan pasangan boleh tinggal dimana-mana bilik milik Yayasan hingga ke akhir usia mereka secara PERCUMA. Penginfaq dibenarkan untuk bertukar-tukar bilik mengikut keselesaan.
Penginfaq dibenarkan memperuntukkan ruang bilik mereka kepada mana-mana waris beliau untuk bermalam pada kadar PERCUMA tetapi bersyarat waris-waris itu menginap untuk tujuan mengikuti kelas pengajian di Yayasan YPEM. Kebenaran penginapan untuk waris hanya dan hanya dibenarkan selagi penginfaq masih hidup.
Penginfaq tidak wajib mengikuti semua kelas pengajian di Yayasan YPEM. Penginfaq boleh pilih kelas-kelas pilihan yang disukai.
Penginfaq tidak dibenarkan memelihara binatang di dalam bilik.
Setiap kali bilik tidak digunakan; kunci bilik mesti diserahkan kepada pihak Yayasan. Pihak Yayasan berhak untuk menyewakan bilik tersebut untuk para pelajar yang tidak mampu berinfaq pada jumlah RM30,000.
B. Penghargaan kepada penginfaq dan pasangan yang berumur 55 tahun dan kebawah
Penginfaq dan pasangan boleh tinggal dimana-mana bilik milik Yayasan terhad kepada 30 hari sahaja di dalam setahun. Penginfaq dibenarkan untuk bertukar-tukar bilik mengikut keselesaan.
Penginfaq dibenarkan memperuntukkan ruang bilik mereka kepada mana-mana waris beliau untuk bermalam pada kadar PERCUMA tetapi bersyarat waris-waris itu menginap untuk tujuan mengikuti kelas pengajian di Yayasan YPEM. Kebenaran penginapan untuk waris hanya dan hanya dibenarkan selagi penginfaq masih hidup. Jumlah bilangan hari maksima (gabungan penginfaq dan waris) adalah terhad kepada 30 hari sahaja.
Penginfaq tidak wajib mengikuti semua kelas pengajian di Yayasan YPEM. Penginfaq boleh pilih kelas-kelas pilihan yang disukai.
Penginfaq tidak dibenarkan memelihara binatang di dalam bilik.
Setelah penginfaq berusia lebih dari 55 tahun; penghargaan kepada penginfaq bertukar kepada terma-terma pada kategori A di atas.
Setiap kali bilik tidak digunakan; kunci bilik mesti diserahkan kepada pihak Yayasan. Pihak Yayasan berhak untuk menyewakan bilik tersebut untuk para pelajar yang tidak mampu berinfaq pada jumlah RM30,000.
Disediakan oleh Pihak Pengurusan Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia.
Borang Permohonan Wujudkan Pengajian di Kawasan Anda
Borang Daftar Pengajian Al-Quran Di Yayasan YPEM
Borang Daftar Khidmat Nasihat Perniagaan Islam
Borang Mohon Pihak Yayasan YPEM Hadir Ke Kementerian/ Jabatan/ Agency/ GLC/ Syarikat untuk Memberi Pencerahan Zakat