Integriti Menjayakan Kecemerlangan Organisasi:
Integriti adalah asas kepada kejayaan bagi setiap organisasi. Tanpa integriti, organisasi mungkin tutup dalam jangka masa pendek. Tanpa integriti, organisasi tidak akan dapat mengekalkan kestabilan operasi, kualiti produk, dan kepercayaan pelanggan. Integriti bukan sekadar nilai moral, tetapi juga strategi utama untuk capaian kejayaan secara pasti diperingkat individu mahupun organisasi. Integriti adalah:
  • Aset Kejayaan: Integriti adalah aset terpenting yang akan membawa kejayaan kepada organisasi.
  • Budaya Kerja Berkualiti: Integriti membentuk budaya kerja berkualiti, beretika, dan cemerlang.
  • Reputasi Positif: Integriti menjaga nama organisasi melalui tindakan jujur dan bertanggungjawab.
  • Stabiliti Organisasi: Integriti menjamin kekuatan dan kestabilan organisasi yang berterusan.
Integriti Kakitangan
Integriti ialah sifat terpuji kakitangan yang mendorong peningkatan prestasi individu, komunikasi kerja yang kukuh, dan pembuatan keputusan yang kemas kepada kecemerlangan dan kestabilan syarikat.
  1. Integriti membina Kepercayaan & Reputasi: Pekerja berintegriti lebih boleh dipercayai. Beliau menghargai dan menjaga kepercayaan (trust) majikan, rakan sekerja, dan kakitangannya.
  2. Integriti membina kerjaya berdisiplin: Pekerja berintegriti berdaya saing, bertanggungjawab, memiliki ciri kepimpinan, dan menunjukkan akauntabiliti.
  3. Integriti membina Prestasi Cemerlang: Pekerja berintegriti melaksanakan tugas dengan amanah, disiplin, dan telus. Mereka menghasilkan kerja yang cekap berkualiti tinggi.
  4. Integriti membina Persekitaran Kerja Positif: Pekerja berintegriti berkomunikasi dan berbincang 'secara terbuka dan jujur'. Ini mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan selesa.
Pertalian Integriti Kakitangan dan Kejayaan Syarikat
Integriti kakitangan memainkan peranan penting dalam kejayaan organisasi. Integriti mewujudkan pertalian menegak dan mendatar yang kuat dan saling bergantung. Apabila kakitangan bertindak dengan integriti, ia memberi impak positif terhadap pelbagai aspek kejayaan perniagaan.
  • Kepercayaan dan Reputasi: Integriti membina kepercayaan rakan pelabur, pekerja, dan pelanggan. Perniagaan yang dipercayai akan menarik lebih ramai pelanggan dan berjaya mengekalkan reputasi serba kukuh dalam pasaran.
  • Budaya Kerja yang Sihat: Apabila pekerja beretika, persekitaran kerja menjadi lebih positif, adil, dan saling menghormati. Ini meningkatkan semangat kerja, kepuasan pekerja, dan mengurangkan pusing ganti (turnover) kakitangan.
  • Meminimakan Risiko Pecah Amanah: Kakitangan yang berintegriti cenderung mematuhi dasar syarikat, undang-undang, dan peraturan industri. Ini meminimakan risiko penipuan, masalah undang-undang (urusan mahkamah), dan tuntutan (claim) kerosakan.
  • Produktiviti dan Prestasi: Integriti memupuk akauntabiliti. Pekerja berintegriti bertanggungjawab dan beretika; mereka lebih cenderung fokus pada tugas mereka, bekerja keras, dan memberikan hasil yang berkualiti. Ini menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan prestasi syarikat keseluruhannya.
  • Kesetiaan Pelanggan: Pelanggan lebih suka berurus niaga dengan syarikat yang jujur dan telus. Integriti membawa kepada kesetiaan pelanggan yang berterusan.
Program ini ditawarkan kepada Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan, dan Syarikat Swasta di seluruh Malaysia. Ia akan disampaikan oleh PhD holder of Emotional Intelligence, Empathy, and Integrity. Entiti yang berminat sukacita dan dihargai menghubungi pihak Yayasan YPEM di talian 03-55236626, atau melalui Google Form yang disediakan dibawah; atau secara terus melalui fasiliti E-Mail: ypem.asia@gmail.com. Kebersamaan anda merialisasikan kecemerlangan ekonomi Islam adalah sentiasa kami dahului dengan ucapan hormat terima kasih.

Hormat daripada kami
Lembaga Pemegang Amanah
Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia