Infaq Sedeqah melalui MyDebit
“NIKMAT REZEKIKU ADALAH NIKMAT DIRASAI BERSAMA DENGAN IBU DAN AYAH”
Assalammualaikum YBhg Tuan/ Puan yang diRahmati Allah SWT MyDebit adalah fasiliti perbankan untuk memudahkan urusan sedeqah dan infaq yang sistematik berjadual. Melalui fasiliti MyDebit, wang akaun para penginfak akan dipotong oleh pihak bank dengan persetujuan para penginfaq. Umumnya urusan ini dilakukan pada 15hb pada setiap bulan. Sumbangan infaq ini adalah dengan niat kebajikan untuk mensyurgakan Ibu dan Ayah. Fasiliti MyDebit ini terbuka kepada seluruh rakyat Islam negara Malaysia. Pra-syarat untuk berinfaq, para penginfaq hanya perlu ada akaun bank dengan mana-mana bank di Malaysia. Fasiliti MyDebit tidak perlu salinan Kad Pengenalan, Salinan Slip gaji dan sebagainya. Urusan MyDebit bagi Yayasan YPEM adalah ditadbir-urus oleh Bank Islam Malaysia Berhad. Para penginfaq boleh membuat potongan infaq dari semua bank di Malaysia tidak terhad hanya dari Bank Islam Malaysia Berhad.
Manfaatkan fasiliti MyDebit untuk berinfaq.
  1. Potongan MyDebit memberi peluang kepada umat Islam Negara Malaysia untuk berinfaq bagi memuliakan Ibu & Ayah. Para penginfaq yang membuat potongan MyDebit, keutamaan dalam hidup mereka adalah menikmati setiap rezeki bersama Ibu dan Ayah. Perasaan sayang dan kasih pada Ibu dan Ayah sentiasa kuat kerinduan dihati.
  2. Potongan MyDebit bermaksud infaq kekal berterusan dalam tempoh bekerja dan juga dalam tempoh persaraan. Sekiranya penginfaq meninggal pada mana-mana titik masa samada semasa dalam bertugas mahupun dalam persaraan; penginfaq adalah insan yang sedang berusaha untuk mengsyurgakan ibu dan ayah. Semasa mengisi borang MyDebit, para penginfaq telah berniat infaq. Pada saat dan ketika penginfaq dijemput kembali kepada RahmatNYA, penginfaq sedang melaksanakan infaq sedeqah berjadual untuk bulan seterusnya bagi ibu dan ayah mereka. Moga Allah SWT redha syurga atas ibu ayah para penginfaq. InsyaAllah Redha juga dari Allah SWT akan syurga bagi diri penginfaq yang memuliakan ibu dan ayah mereka.
Terima kasih dan hormat kami kepada Tuan/ Puan yang bersedeqah dan berinfaq menjadikan seluruh program Islam di Yayasan YPEM sebagai kebajikan untuk Ibu dan Ayah. Moga Allah SWT redha syurga atas ibu ayah penginfaq. InsyaAllah Redha juga dari Allah SWT akan syurga bagi diri penginfaq yang memuliakan ibu dan ayah mereka.
YBhg Tuan/Puan yang ingin bersama untuk berinfaq atas urusan Islam dan al-Quran di YPEM melalui fasiliti MyDebit boleh lakukan dengan 3 cara:
  1. 1. Hubungi Yayasan YPEM (03-55236626 atau 014-3226557), minta pihak Yayasan beri taklimat khas ke Organisasi YBhg Tuan/Puan.
  2. 2. Ambil borang di premis Yayasan YPEM, di Masjid Negara, Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur
  3. 3. Download borang disini.
    >>> Download - Borang MyDebit YPEM
    >>> Download Panduan Mengisi Borang Direct Debit
Kebersamaan YBhg Tuan/ Puan bersama kami, adalah kemuliaan YBhg Tuan/Puan. Hormat daripada kami, Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia. Terima kasih.