Masjid dikenali sebagai rumah Allah. Masjid memiliki fungsi dan peranan penting bagi umat muslim di dunia. Fungsi masjid yang paling utama ialah sebagai tempat bersujud atau beribadah kepada Allah.
Untuk perkembangan Islam kita haruslah mempunyai pandangan yang jauh ke hadapan merealisasikan masjid sebagai Pusat Pembangunan Islam yang merangkumi semua kegiatan yang boleh diterjemahkan sebagai ibadah. Masjid mesti dimanfaatkan sepenuhnya sebagai tempat belajar dan mengajar dalam mendalami ilmu agama Islam. Di mana setiap muslim berhak untuk memberi atau mendapatkan ilmu. Masjid mesti dimanfaatkan sebagai tempat penyebaran dakwah yang sentiasa kita boleh belajar dan boleh dijelaskan setiap pertanyaan kita sekiranya ada kemusykilan.
Allah berfirman: “Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, Maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Al-Taubah: 18).
Syarat untuk mendapat tajaan utiliti daripada Yayasan YPEM adalah:
Masjid mesti dizahirkan sebagai Pusat Ibadah dan juga sebagai Pusat keilmuan umat Islam. Selain daripada aktiviti ibadah harian untuk masyarakat Islam setempat; Masjid juga perlu menyediakan kemudahan tempat, masa dan fasiliti kepada Pusat tahfiz milik Masjid, Pusat tahfiz persendirian dan Pusat Pengajian Tahfiz milik kerajaan yang berhampiran.
Misi Yayasan YPEM adalah moga pada satu ketika nanti akan ada masjid yang dibuka 24 jam untuk berbagai program ibadah, pengajian dan penghafalan al-Quran.