PERISTIWA YPEM PADA TAHUN 2021
  • Feb 2021

    Yayasan mewujudkan Pusat Pengajian Pondok Moden beroperasi sepenuhnya di Blok B, Blok C, Blok D YPEM dan Blok E di Palm View Serviced Apartment Building, Bukit Merah Laketown. YPEM menyediakan kemudahan 300 bilik apartment untuk penginapan serba lengkap.
  • Feb 2021


    Yayasan memperkenalkan program Cinta alQuran untuk rakyat Malaysia. Dua kios sedeqah al-Quran dibuka iaitu di MYDIN Jengka dan MYDIN Parit Buntar. Wang sedeqah adalah untuk merendahkan harga transaksi al-Quran. Ini membolehkan umat Islam Malaysia yang tidak mampu membeli al-Quran bersaiz BESAR akan dapat membeli pada harga rendah.
  • Nov 2021

    Program 1 Malaysia Semua Bangsa, Agama & Kaum

    Yayasan YPEM menawarkan perkhidmatan Perundingan Perniagaan PERCUMA berterusan kepada seluruh Rakyat Malaysia melalui Agensiagensi kerajaan: MARA, UDA Holdings; SME Corp Malaysia; SME Bank; Bank Rakyat; SMIDEC, TEKUN Nasional; Perbadanan Nasional Berhad (PNS); Perbadanan Nasional Berhad (PNS), FELCRA, RISDA dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). Program di sediakan di Ibu Pejabat Yayasan YPEM di Bukit Merah Laketown Resort. Program dikekalkan dan berterusan.
iklan tepi