Untuk Warga Malaysia 55 tahun +++ Bersama Pasangan / Sahabat Disediakan Penginapan dan Bimbingan Islam PERCUMA 5 HARI
Alhamdulillah Rahmat dan Kurnia daripada Allah SWT. Bermula dari 1hb September 2023, pihak Yayasan YPEM
menawarkan penginapan dan pengajian Islam PERCUMA (one-off) kepada seluruh warga Islam rakyat Malaysia yang berusia 55 tahun
dan ke atas. Tawaran adalah BERSYARAT wajib ada pasangan atau sahabat yang bersungguh-sungguh mahu belajar. Peserta akan
disediakan sebuah bilik apartment PERCUMA untuk dua orang yang lengkap berperabut dan berhawa dingin; dan disediakan pengajian
Islam PERCUMA untuk tempoh 5 hari secara berterusan. Program ditawarkan secara berterusan kepada rakyat Malaysia pada setiap
minggu, bermula pada hari Ahad dan berakhir pada hari Khamis. (Check-in hari Sabtu, Check-out pada hari Jumaat). Semua kos
penginapan dan pengajian (RM800 untuk 2 orang) adalah dibawah tanggungan pihak Yayasan YPEM. Pengajian Islam yang disediakan
adalah serba lengkap iaitu bimbingan bacaan al-Quran dari asas secara bertajwid, pengajian feqah, Sirah Nabi, Hadith dan Tauhid
oleh para tenaga pengajar bertauliah Negeri Perak.
TERMA & SYARAT: Tawaran adalah BERSYARAT, peserta 55 tahun ++ wajib ada pasangan atau sahabat. Deposit RM250 untuk jaminan kerosakan & kebersihan bilik apartment.
Pendaftaran: Mohon WhatsApp nama, umur dan tarikh pengajian diminta ke 014-3226557.
VIDEO MUSIBAH KECURIAN DI YAYASAN YPEM>
Panduan Solat: Takbiratul Ihram
Panduan Solat: Surah Al-Fatihah
Panduan Solat: Tashahhud Akhir
Panduan Solat: Memberi Salam
Senarai Peserta ke Peringkat Akhir & Penerima Sijil (Kemaskini sehingga 15hb September 2022)
A. Penghargaan kepada penginfaq dan pasangan yang berumur 55 tahun dan keatas
Penginfaq dan pasangan boleh tinggal dimana-mana bilik milik Yayasan hingga ke akhir usia mereka secara PERCUMA. Penginfaq dibenarkan untuk bertukar-tukar bilik mengikut keselesaan.
Penginfaq dibenarkan memperuntukkan ruang bilik mereka kepada mana-mana waris beliau untuk bermalam pada kadar PERCUMA tetapi bersyarat waris-waris itu menginap untuk tujuan mengikuti kelas pengajian di Yayasan YPEM. Kebenaran penginapan untuk waris hanya dan hanya dibenarkan selagi penginfaq masih hidup.
Penginfaq tidak wajib mengikuti semua kelas pengajian di Yayasan YPEM. Penginfaq boleh pilih kelas-kelas pilihan yang disukai.
Penginfaq tidak dibenarkan memelihara binatang di dalam bilik.
Setiap kali bilik tidak digunakan; kunci bilik mesti diserahkan kepada pihak Yayasan. Pihak Yayasan berhak untuk menyewakan bilik tersebut untuk para pelajar yang tidak mampu berinfaq pada jumlah RM30,000.
B. Penghargaan kepada penginfaq dan pasangan yang berumur 55 tahun dan kebawah
Penginfaq dan pasangan boleh tinggal dimana-mana bilik milik Yayasan terhad kepada 30 hari sahaja di dalam setahun. Penginfaq dibenarkan untuk bertukar-tukar bilik mengikut keselesaan.
Penginfaq dibenarkan memperuntukkan ruang bilik mereka kepada mana-mana waris beliau untuk bermalam pada kadar PERCUMA tetapi bersyarat waris-waris itu menginap untuk tujuan mengikuti kelas pengajian di Yayasan YPEM. Kebenaran penginapan untuk waris hanya dan hanya dibenarkan selagi penginfaq masih hidup. Jumlah bilangan hari maksima (gabungan penginfaq dan waris) adalah terhad kepada 30 hari sahaja.
Penginfaq tidak wajib mengikuti semua kelas pengajian di Yayasan YPEM. Penginfaq boleh pilih kelas-kelas pilihan yang disukai.
Penginfaq tidak dibenarkan memelihara binatang di dalam bilik.
Setelah penginfaq berusia lebih dari 55 tahun; penghargaan kepada penginfaq bertukar kepada terma-terma pada kategori A di atas.
Setiap kali bilik tidak digunakan; kunci bilik mesti diserahkan kepada pihak Yayasan. Pihak Yayasan berhak untuk menyewakan bilik tersebut untuk para pelajar yang tidak mampu berinfaq pada jumlah RM30,000.
Disediakan oleh Pihak Pengurusan Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia.
Borang Permohonan Wujudkan Pengajian di Kawasan Anda