Program Bacaan Yasin & Perlindungan Syahadah PERCUMA untuk para pesakit Paliatif tahap 4 dari seluruh Malaysia
Lebih dari 100,000 pesakit tenat dan meninggal setiap tahun di Malaysia. Mereka amat memerlukan penjagaan paliatif. Rujukan Sinar
Harian 22 September 2022. Pesakit dibawah PENJAGAAN paliatif adalah pesakit kronik setelah tiada lagi rawatan sainstifik mampu
dilakukan untuk pesakit. Pusat Paliatif Yayasan YPEM. Menyediakan tempat penjagaan, keperluan diri dan makanan PERCUMA kepada semua
pesakit. Pesakit akan cuba dirawat dalam suasana keselesaan fizikal dan keceriaan psikologi berasaskan al-Quran.
200 buah bilik (studio 330m2) sudah tersedia ada disediakan.
PenjagaanPesakit Paliatif di Pusat Paliatif Yayasan YPEM
Pusat Paliatif Di Yayasan YPEM digerakkan atas visi dan misi: melindungi hidup dan mati pesakit dalam Iman, Islam dan Ihsan.
Fokas Penjagaan di Pusat Paliatif Yayasan YPEM:
Mengurangkan beban kesakitan fizikal.
Disantun dan disampaikan rasa dikasihi dan disayangi.
Merawat fizikal berasaskan ayat-ayat Syifa al-Quran.
Melindungi mereka dengan bacaan Surah Yasin [oleh para Ustaz, para pelajar Tahfiz dan para waris yang melawati].
Mengembirakan pesakit dengan kebahagian alam Syurga yang tersedia menanti mereka [disampaikan keterangan janji-janji Allah di dalam al-Quran; dan disampaikan keterangan Nabi Muhammad SAW melalui Hadithnya].
Membimbing para pesakit berSyahadah pada saat Syakaratul Maut.
TERMA & SYARAT: Tawaran adalah BERSYARAT, pesakit wajib ada surat pengesahan daripada Hospital. Hanya pesakit pada tahap kritikal
sahaja yang akan diterima. Semua waris WAJIB menemani dan tinggal dibilik disediakan bersama pesakit; dan WAJIB bersama para Ustaz Yayasan
YPEM membaca ayat-ayat perawatan dan perlindungan dari al-Quran secara bersama-sama. Moga pemergiaan pesakit berSyahadah Husnul khatimah.
VIDEO MUSIBAH KECURIAN DI YAYASAN YPEM>
Panduan Solat: Takbiratul Ihram
Panduan Solat: Surah Al-Fatihah
Panduan Solat: Tashahhud Akhir
Panduan Solat: Memberi Salam
Senarai Peserta ke Peringkat Akhir & Penerima Sijil (Kemaskini sehingga 15hb September 2022)
A. Penghargaan kepada penginfaq dan pasangan yang berumur 55 tahun dan keatas
Penginfaq dan pasangan boleh tinggal dimana-mana bilik milik Yayasan hingga ke akhir usia mereka secara PERCUMA. Penginfaq dibenarkan untuk bertukar-tukar bilik mengikut keselesaan.
Penginfaq dibenarkan memperuntukkan ruang bilik mereka kepada mana-mana waris beliau untuk bermalam pada kadar PERCUMA tetapi bersyarat waris-waris itu menginap untuk tujuan mengikuti kelas pengajian di Yayasan YPEM. Kebenaran penginapan untuk waris hanya dan hanya dibenarkan selagi penginfaq masih hidup.
Penginfaq tidak wajib mengikuti semua kelas pengajian di Yayasan YPEM. Penginfaq boleh pilih kelas-kelas pilihan yang disukai.
Penginfaq tidak dibenarkan memelihara binatang di dalam bilik.
Setiap kali bilik tidak digunakan; kunci bilik mesti diserahkan kepada pihak Yayasan. Pihak Yayasan berhak untuk menyewakan bilik tersebut untuk para pelajar yang tidak mampu berinfaq pada jumlah RM30,000.
B. Penghargaan kepada penginfaq dan pasangan yang berumur 55 tahun dan kebawah
Penginfaq dan pasangan boleh tinggal dimana-mana bilik milik Yayasan terhad kepada 30 hari sahaja di dalam setahun. Penginfaq dibenarkan untuk bertukar-tukar bilik mengikut keselesaan.
Penginfaq dibenarkan memperuntukkan ruang bilik mereka kepada mana-mana waris beliau untuk bermalam pada kadar PERCUMA tetapi bersyarat waris-waris itu menginap untuk tujuan mengikuti kelas pengajian di Yayasan YPEM. Kebenaran penginapan untuk waris hanya dan hanya dibenarkan selagi penginfaq masih hidup. Jumlah bilangan hari maksima (gabungan penginfaq dan waris) adalah terhad kepada 30 hari sahaja.
Penginfaq tidak wajib mengikuti semua kelas pengajian di Yayasan YPEM. Penginfaq boleh pilih kelas-kelas pilihan yang disukai.
Penginfaq tidak dibenarkan memelihara binatang di dalam bilik.
Setelah penginfaq berusia lebih dari 55 tahun; penghargaan kepada penginfaq bertukar kepada terma-terma pada kategori A di atas.
Setiap kali bilik tidak digunakan; kunci bilik mesti diserahkan kepada pihak Yayasan. Pihak Yayasan berhak untuk menyewakan bilik tersebut untuk para pelajar yang tidak mampu berinfaq pada jumlah RM30,000.
Disediakan oleh Pihak Pengurusan Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia.
Borang Permohonan Wujudkan Pengajian di Kawasan Anda