-
Jun 2023
Program 1 Malaysia Semua Bangsa, Agama & Kaum
Yayasan YPEM berkolabrasi dengan Unit Islam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk semua Hospital Besar dan Hospital Pakar kerajaan di seluruh Malaysia. Pihak Yayasan YPEM akan membekal beberapa orang pegawai Islam YPEM berasaskan kapasiti keperluan hospital (sebagai tenaga kerja sokongan, purata 2 orang untuk setiap hospital. Gaji dan KWSP dibawah tanggungan pihak Yayasan YPEM) untuk membantu kepelbagaian urusan Islam dan permasalahan pesakit di hospital. -
Julai 2023
Program 1 Malaysia Semua Bangsa, Agama & Kaum
Yayasan YPEM mewujudkan Pusat Paliatif Islam YPEM untuk seluruh Rakyat Malaysia tanpa mengira Bangsa, Agama dan Kaum. Rawatan dan Penjagaan disediakan PERCUMA untuk seluruh Rakyat Malaysia tanpa mengira Bangsa, Agama dan Kaum. -
Julai 2023
Yayasan YPEM menerima agihan zakat daripada MAIWP Kuala Lumpur atas kategori Asnaf Al-Gharimin untuk menyokong & merealisasikan program PALIATIF di Yayasan YPEM. Banyak peralatan seperti katil, tilam khas untuk pesakit paliatif beserta Van ambulan telah dibeli untuk melengkapkan keperluan bagi pesakit paliatif di Yayasan YPEM Bukit Merah Laketown Resort. -
September 2023
Yayasan YPEM membuka pejabat cawangan pertama di Masjid Negara Kuala Lumpur.