YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI MALAYSIA (YPEM)

Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YPEM) adalah sebuah NGO Ekonomi Islam di Malaysia; No. Pendaftaran di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri: PPAB-36/2014. Yayasan YPEM telah dilantik sebagai Ejen Perunding bagi zakat di Negeri Selangor (KOD ED 8435) pada 05/02/2025.
Manfaat pembayar zakat Negeri Selangor
  1. Pembayar zakat dapat membantu program pengajian al-Quran PERCUMA tajaan Yayasan YPEM di seluruh Malaysia. Dana imbuhan dari Amil Zakat menyokong program al-Quran Yayasan YPEM
  2. Syarikat menikmati pengecualian cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  3. Syarikat diberikan hak WAKALAH oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk agihan terus zakat kepada para ASNAF (merujuk jumlah zakat, terma dan syarat Lembaga Zakat Selangor)
Kaedah bayaran Manual
  1. Lafaz zakat adalah niat yang diucapkan untuk menunaikan kewajipan zakat:
    Contoh untuk zakat fitrah:
    "Sahaja aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk diriku, fardhu kerana Allah Taala" atau
    "Sahaja aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk diriku dan tanggunganku menurut syarak, fardhu kerana Allah Taala".
    Contoh untuk zakat Harta:
    Bismillahirahmanirahim, inilah wang sebanyak RM [...] sebagai menunaikan zakat wang simpanan saya (merujuk jenis zakat), yang wajib ke atas diri saya untuk tahun ini kerana Allah Taala". Lafaz ini perlu disertakan dengan niat dalam hati apabila menunaikan zakat, sama ada secara tunai atau atas talian.
  2. Masukkan wang zakat tersebut ke akaun Lembaga Zakat Selangor
    (No Akaun Lembaga Zakat Selangor, Maybank Islamic Berhad: 5505 1011 2470)
  3. Mohon hantar resit bayaran zakat beserta infomasi pembayar (Nama, No K/P, Jenis Zakat dan No H/P ke WhatsApp 014-322 6557 atau Email ke ypem.asia@gmail.com)
Kaedah bayaran Atas talian
Pihak Yayasan YPEM dan Lembaga Zakat Selangor sedang bekerjasama dengan BILLPLZ untuk perlaksanaan.
Segala sokongan dan kebaikan kerjasama daripada semua pembayar Zakat, adalah sentiasa Yayasan YPEM mendahului dengan ucapan hormat terima kasih.