AKAN DATANG

PROGRAM KERJASAMA MESRA IBADAH YAYASAN YPEM DAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Yayasan YPEM ada program Kerjasama bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). InsyaAllah, Memorandum Kesahaman (MoU) kerjasama program Mesra Ibadah antara Yayasan YPEM & Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan dapat ditanda tangani dalam masa yang terdekat.
InsyaAllah, MEMORENDUM OF UNDERSTANDING (MOU) kerjasama PROGRAM MESRA IBADAH bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan dapat ditandatangani sebelum akhir tahun 2025. Unjuran perkiraan, hampir 250 orang Ustaz dan Ustazah akan ditempatkan di semua hospital di seluruh Malaysia. Seorang Ustaz dan seorang Ustazah Yayasan YPEM akan ditugaskan di setiap hospital negeri dan hospital pakar. Manakala bagi setiap hospital daerah akan ditugaskan seorang Ustaz. Para Ustaz dan Ustazah Yayasan YPEM ini akan bertugas dibawah seliaan dan pengawasan pegawai JAKIM yang bertugas di setiap hospital.
Tugas para Ustaz Yayasan YPEM adalah untuk membantu dan memperkasa program MESRA IBADAH yang telah disusun dan dirancang oleh pihak hospital. Tugasan para Ustaz dan Ustazah adalah lebih berfokas kepada kesempurnaan perlaksanaan Rukun Iman dan Rukun Islam. Para Ustaz dan Ustazah Yayasan YPEM akan membantu sebaik mungkin memperkasakan dan memperhebatkan segala aktiviti urusan Islam yang ditetapkan oleh pihak pengurusan hospital. Seluruh kos para Ustaz dan Ustazah Yayasan YPEM adalah dibiayai penuh oleh pihak Yayasan YPEM. Moga Allah SWT mempermudahkan.