PROGRAM TINGKATKAN EKONOMI: PUSAT TAHFIZ YAYASAN YPEM
Pusat Tahfiz Yayasan YPEM. Seramai 100 orang pelajar Tahfiz [50 lelaki, 50 perempuan] akan mula diambil pada tahun 2022. Ia
adalah dibawah program Anak Angkat Yayasan YPEM. Keseluruhan kos pengajian, keperluan diri dan makanan dibiayai PENUH oleh
pihak Yayasan YPEM. Mereka akan dibentuk untuk memimpin Ekonomi berkonsepkan Islam pada masa hadapan. InsyaAllah pengambilan
pertama pada tahun 2023.
PELAJAR TAHFIZ YAYASAN YPEM:
Pelajar tahfiz Yayasan YPEM adalah pelajar terpilih atas dasar sejarah kecemerlangan akademik mereka di tahun 6.
Personaliti mereka akan dibentuk oleh pihak Yayasan YPEM dalam bentuk keilmuan Islam untuk menerajui ekonomi Malaysia
pada masa akan datang berasaskan muamalat Islam.
100 orang pelajar akan diambil pada tahun 2023 dari seluruh Malaysia. Pelajar diambil mesti melepasi saringan 2 peringkat
temuduga. Pengambilan pelajar pada tahun-tahun turutan selepas 2023 adalah ditetapkan seramai 50 pelajar pada setiap tahun.
eperluan pengajian mereka adalah dibawah pembiayaan PENUH oleh pihak Yayasan YPEM.
PROGRAM TINGKATKAN EKONOMI UMUM: PROGRAM SEMARAK MUAMALAT
Yayasan YPEM akan memberi khidmat perundingan strategi pemasaran; untuk membangunkan ekonomi rakyat Malaysia dalam semua
sektor ekonomi. Peranan dan keseluruhan aktiviti Yayasan YPEM adalah untuk maningkatkan ekonomi seluruh rakyat Malaysia
tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Aktiviti Yayasan YPEM adalah membantu membangunkan ekonomi dalam bentuk
kepelbagaian strategi pemasaran mengikut situasi pergerakan aktiviti ekonomi semasa. Pihak Yayasan akan memberi
bimbingan Perniagaan Berkonsepkan Ekonomi Muamalat Islam secara PERCUMA kepada seluruh Rakyat Malaysia.
Aktiviti konsultasi strategi perniagaan Yayasan YPEM
Para usahawan boleh menyertai kelas bimbingan strategi perniagaan anjuran Yayasan YPEM
Pihak Yayasan YPEM boleh dijemput untuk memberi taklimat di program-program keusahawanan
PROGRAM TINGKATKAN EKONOMI :PROGRAM EDISI MOTIVASI BINA BANGSA MALAYSIA YANG KAYA RAYA
Visi Yayasan YPEM adalah untuk memastikan seluruh Rakyat Malaysia hidup kaya dengan harta dan keilmuan Islam. Kekayaan
ilmu yang boleh menguasai Minda Ekonomi Dunia. Program ini adalah program TETAP anjuran Yayasan YPEM; yang dikendalikan
secara berterusan dan sentiasa terbuka.
Impak ekonomi yang akan dicapai
Hasil setiap sektor Ekonomi akan bertambah berlipat ganda pada kualiti terbaik.
Aset fizikal negara akan melonjak pada nilaian tinggi.
Aset kecerdasan minda yang berupaya benguasai dan menerokai seluruh dunia.
Tempoh Masa Program
Terdapat 2 pilihan masa
Hari
Masa pilihan
Jumaat
9.00 pagi – 12.00 tgh
Sabtu
9.00 pagi – 12.00 tgh
Yuran Penyertaan
RM500 seorang
Sarapan pagi & makan tengahari disediakan.
PROGRAM TINGKATKAN EKONOMI:EKSPO PKS YPEM
Yayasan YPEM menyediakan fasiliti untuk Ekspo PKS. Ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada PKS Malaysia bagi mempromosikan
produk mereka. Pusat ini akan menjadi lokasi strategi terbaik bagi PKS Malaysia untuk mendedahkan dan mempromosikan produk mereka
ke pasaran sasaran yang lebih luas.
Objektif Ekspo PKS YPEM 2023
Destinasi ekspo untuk semua produk Halal
Mewujudkan destinasi pilihan kepelbagaian produk/perkhidmatan kepada Pelanggan
Mewujudkan peluang alliansi rakan niaga antara para pembekal dan para pengedar
Usahawan dapat berkongsi kepakaran dan nasihat dikalangan peserta; dan juga dari pakar perunding
Usahawan dapat memperkenalkan produk & perkhidmatan mereka kepada pengedar & pengguna
CSR &INFAQUNTUK SEMARAKAN ISLAM & SYURGAKAN IBU & AYAH
Dalam hidup ini, dalam detik jantung nafas ini, dalam rezeki yang Allah kurniakan kepada kita; mari kita bergandingan tangan bersama-sama demi Islam. Kita Ehsan sesama manusia demi Islam. Allah SWT akan Ehsan kepada kita. Aamiin.
>> KLIK SLIDES: Senarai CSR & Infaq PILIHAN untuk Islam & Untuk Ibu & Ayah
VIDEO MUSIBAH KECURIAN DI YAYASAN YPEM>
Panduan Solat: Takbiratul Ihram
Panduan Solat: Surah Al-Fatihah
Panduan Solat: Tashahhud Akhir
Panduan Solat: Memberi Salam
Senarai Peserta ke Peringkat Akhir & Penerima Sijil (Kemaskini sehingga 15hb September 2022)
A. Penghargaan kepada penginfaq dan pasangan yang berumur 55 tahun dan keatas
Penginfaq dan pasangan boleh tinggal dimana-mana bilik milik Yayasan hingga ke akhir usia mereka secara PERCUMA. Penginfaq dibenarkan untuk bertukar-tukar bilik mengikut keselesaan.
Penginfaq dibenarkan memperuntukkan ruang bilik mereka kepada mana-mana waris beliau untuk bermalam pada kadar PERCUMA tetapi bersyarat waris-waris itu menginap untuk tujuan mengikuti kelas pengajian di Yayasan YPEM. Kebenaran penginapan untuk waris hanya dan hanya dibenarkan selagi penginfaq masih hidup.
Penginfaq tidak wajib mengikuti semua kelas pengajian di Yayasan YPEM. Penginfaq boleh pilih kelas-kelas pilihan yang disukai.
Penginfaq tidak dibenarkan memelihara binatang di dalam bilik.
Setiap kali bilik tidak digunakan; kunci bilik mesti diserahkan kepada pihak Yayasan. Pihak Yayasan berhak untuk menyewakan bilik tersebut untuk para pelajar yang tidak mampu berinfaq pada jumlah RM30,000.
B. Penghargaan kepada penginfaq dan pasangan yang berumur 55 tahun dan kebawah
Penginfaq dan pasangan boleh tinggal dimana-mana bilik milik Yayasan terhad kepada 30 hari sahaja di dalam setahun. Penginfaq dibenarkan untuk bertukar-tukar bilik mengikut keselesaan.
Penginfaq dibenarkan memperuntukkan ruang bilik mereka kepada mana-mana waris beliau untuk bermalam pada kadar PERCUMA tetapi bersyarat waris-waris itu menginap untuk tujuan mengikuti kelas pengajian di Yayasan YPEM. Kebenaran penginapan untuk waris hanya dan hanya dibenarkan selagi penginfaq masih hidup. Jumlah bilangan hari maksima (gabungan penginfaq dan waris) adalah terhad kepada 30 hari sahaja.
Penginfaq tidak wajib mengikuti semua kelas pengajian di Yayasan YPEM. Penginfaq boleh pilih kelas-kelas pilihan yang disukai.
Penginfaq tidak dibenarkan memelihara binatang di dalam bilik.
Setelah penginfaq berusia lebih dari 55 tahun; penghargaan kepada penginfaq bertukar kepada terma-terma pada kategori A di atas.
Setiap kali bilik tidak digunakan; kunci bilik mesti diserahkan kepada pihak Yayasan. Pihak Yayasan berhak untuk menyewakan bilik tersebut untuk para pelajar yang tidak mampu berinfaq pada jumlah RM30,000.
Disediakan oleh Pihak Pengurusan Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia.
Borang Permohonan Wujudkan Pengajian di Kawasan Anda