AKTIVITI KEUSAHAWANAN YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI MALAYSIA (YAYASAN YPEM) UNTUK RAKYAT MALAYSIA.
VISI YAYASAN YPEM VISI utama Yayasan YPEM adalah memberi khidmat perundingan strategi pemasaran; untuk membangunkan ekonomi rakyat Malaysia dalam sudut sektor Pertanian, Pembuatan, Peruncitan, Pengedaran, Perhotelan dan Perdagangan. Dan juga menaikan nilai harga aset milik semasa rakyat Malaysia. Peranan dan keseluruhan aktiviti Yayasan adalah untuk manfaat seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Aktiviti Yayasan YPEM adalah sentiasa bertenaga aktif membantu membangunkan ekonomi dalam bentuk kepelbagaian strategi pemasaran mengikut situasi pergerakan aktiviti ekonomi semasa.
Aktiviti perundingan tunjuk ajar strategi perniagaan Yayasan YPEM Aktiviti ini ditawarkan PERCUMA berterusan oleh pihak Yayasan YPEM
  1. Para usahawan perseorangan/berkumpulan datang ke pejabat Yayasan;
  2. Para usahawan menyertai kelas bimbingan strategi perniagaan anjuran Yayasan
  3. Pihak Yayasan YPEM datang memberi taklimat di program para usahawan
  4. Yayasan YPEM diminta mengerakkan aktiviti-aktiviti pemulihan ekonomi secara berpasukan kolabrasi.
Bermula dari tarikh 1/4/2022 Pihak kerajaan telah memberi kebenaran kepada umat Islam untuk solat berjamaah dalam saf yang merapat. Atas faktor itu, pihak Yayasan YPEM akan membuka kembali secara TOTAL program khidmat perundingan PERCUMA kepada seluruh rakyat Malaysia. Seluruh para usahawan Malaysia dihargai dan dijemput untuk melibatkan diri secara agresif di semua program anjuran pihak Yayasan YPEM. Tunjuk ajar Strategi Perniagaan Yayasan YPEM adalah berlandaskan Muamalat Islam. Ia adalah strategi Perniagaan bebas risiko. Kaedah yang sentiasa memastikan pertambahan aset pemilikan bagi usahawan dari masa ke semasa.
Kemudahan dan Aktiviti keusahawanan yang tersedia ada di Yayasan YPEM
  1. Khidmat perundingan strategi perniagaan PERCUMA kepada seluruh rakyat Malaysia; untuk semua sektor perniagaan. Usahawan individu dan berkumpulan boleh datang terus ke Pejabat YPEM Bukit Merah untuk tujuan mendapatkan khidmat strategi perniagaan PERCUMA dari Pihak Yayasan YPEM.
  2. Khidmat nasihat strategi perniagaan kategori JEMPUTAN LUAR. Organisasi Entiti kerajaan/persatuan boleh menjemput Yayasan YPEM ke lokasi program mereka untuk tujuan nasihat dan tunjuk ajar perniagaan secara PERCUMA dari pihak Yayasan.
  3. Yayasan menyediakan 3 buah dewan kuliah serba lengkap berfasiliti untuk tujuan program keusahawanan/kerjaya/pameran dalaman untuk agensi kerajaan dan persatuan yang terlibat secara terus dalam aktiviti keusahawanan. TIADA SEWA DIKENAKAN.
Aktiviti dan Strategi Kolabrasi Perluasan dan Pemantapan Ekonomi Satu Malaysia. Untuk program ini adalah dihargai agensi dan pihak yang terlibat secara terus dalam pembangunan keusahawanan berkongsi objektif bersama Yayasan YPEM.
  1. Untuk menyelamatkan para graduan dan para belia dari aktiviti dan strategi perniagaan yang merugikan. Pihak Yayasan YPEM bersedia bekerjasama dengan semua Entiti kewangan seperti MARA, TEKUN, AMANAH IKHTIAR, CGC, SME, MITI dan BANK PERDAGANGAN. Kerjasama yang dilakukan adalah mewajibkan semua bakal pemimjam dana keusahawanan menduduki kelas tunjuk ajar Yayasan YPEM. Bimbingan Strategi ini adalah PERCUMA untuk seluruh Rakyat Malaysia. BILIK SEMINAR disediakan PERCUMA.
  2. Pihak Yayasan YPEM bersedia berkejasama untuk aktiviti Ekspo Pertanian, Ekspo barangan pembuatan dan sebagainya di kawasan YPEM Bukit Merah, Laketown Resort. Sewa tapak PERCUMA; khidmat strategi perniagaan PERCUMA. BILIK SEMINAR disediakan PERCUMA.
Agensi-agensi fokas kolabrasi di Yayasan YPEM SEMINAR PERNIAGAAN CARA ISLAM (PERCUMA)
UJIAN IKLAN