PENGAMBILAN PELAJAR TAHUN 2023 TAHFIZ DARUL QURAN YPEM
Tahfiz Darul Quran YPEM ialah Pusat Tahfiz Bimbingan Hafazan al-Quran berakademik di bawah tadbir-urus Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (Yayasan YPEM). Lokasi Tahfiz dan asrama adalah di Bangunan YPEM Palm View, Bukit Merah Laketown Resort, Perak. Pusat tahfiz ini lengkap pada Benchmark fasiliti pengajian yang terbaik. Pengambilan pelajar adalah terhad iaitu seramai 100 orang sahaja pada setiap tahun.
Visi
: Melahir Pemimpin Ekonomi Istiqomah Segala urusan kerana Allah SWT
Misi
: Melahirkan peneraju ekonomi korporat yang hafal 30 juzuk al-Quran
Aims
: Menerap keilmuan al-Quran dan pengetahuan strategi Muamalat
Syarat Kelayakan pelajar Ambilan PERTAMA Sesi 2022
  1. Minda Cergas (melepasi sesi temuduga)
  2. Berumur 13 tahun pada tahun 2023 (Tingkatan 1)
  3. Lelaki sahaja
  4. Mempunyai Sijil UPKK @ Sijil tahun 6 KAFA
Yuran
Yuran Pendaftaran Pelajar Baru
RM1500
Yuran Bulanan Asrama & Makan
RM500 sebulan
Taklimat & Temuduga
Masa Taklimat Masa Temuduga
Setiap Hari Sabtu Tahun 2022 9.30 – 11.00 pagi 2.00 – 5.00 petang
Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Sesiapa yang membaca al-Quran dan belajar serta beramal dengannya, dia akan dipakaikan pada hari kiamat dengan mahkota dari cahaya yang mana cahayanya lebih terang dari cahaya matahari, dan kedua ibubapanya akan dipakaikan dengan perhiasan yang tidak pernah mereka pakai di dunia. Maka mereka berdua bertanya, “Dengan sebab apakah kami dipakaikan dengan perhiasan ini?. Mereka akan dikatakan: Dengan sebab bacaan al- Quran oleh anakmu.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).
PERTANYAAN: 05–8900112, 05-8900172