PERTANDINGAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH MINGGUAN
Pertandingan Membaca Surah Al-Fatihah adalah program Bimbingan dan Pendidikan tajaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YPEM).
OBJEKTIF
  1. Memupuk kemahiran membaca al-Quran secara bertajwid.
  2. Mewujud suasana Zikir al-Quran
  3. Mewujud tenaga pembimbing al-Quran rakan sebaya.
  4. Melahir imam-imam baru yang berkalibar
KATEGORI
Terbuka kepada seluruh Umat Islam di Malaysia
PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN
  1. Pertandingan ini terbuka kepada Seluruh Umat Islam di Malaysia
  2. Penyertaan adalah secara perseorangan
  3. Umur 7 Tahun hingga 80 Tahun
INFO PERTANDINGAN
  • Pertandingan ini adalah secara rakaman video & suara mengunakan handphone
  • Pakaian sewaktu rakaman hendaklah sopan dan menutup aurat.
  • Peserta diminta membaca Surah Al-Fatihah secara terbaik bertajwid.
  • Bacaan Tajwid adalah merujuk pada bacaan Hafs 'an 'Asim
  • Penyertaan peserta hanya dibenarkan sekali sahaja pada setiap tahun.
  • Pertandingan Edisi tahun pertama bermula pada 1hb Ogos 2022 hingga 31hb Julai 2023. Semua peserta yang menang pada pertandingan mingguan akan dijemput ke Pertandingan akhir di YPEM Bukit Merah Laketown Resort. Pertandingan akhir akan dilakukan pada waktu cuti sekolah.
FORMAT PERTANDINGAN
  • Borang penyertaan boleh didapati di website: ypem.asia
  • Peserta diminta merakamkan bacaan Surah al-Fatihah; menggunakan handphone.
  • Setelah rakaman bacaan al-Fatihah bertajwid terbaik dilakukan. Hantarkan borang penyertaan beserta video yang telah dirakamkan ke talian telegram 014-3226557.
  • Masa terakhir untuk terima rakaman adalah pda jam 5.00 petang pada setiap hari khamis. Video yang diterima lewat akan dibawa kepada pertandingan di minggu hadapan.
  • 3 Video bacaan al-Fatihah mingguan terbaik akan disiarkan di Website Yayasan YPEM.
  • Merah Laketown Resort. Pertandingan akhir akan dilakukan pada waktu cuti sekolah.
PENGHAKIMAN / PEMARKAHAN
Penilaian dilihat dari segi suara, tajwid, fasohah dan kepatuhan pada syarat-syarat pertandingan yang telah ditetapkan seperti berikut:
Perkara Markah
i Tajwid 40
ii Suara 30
iii Fasohah 30
KESELURUHAN 100
  • Ia dinilai oleh para panel hakim Yayasan YPEM
  • Keputusan panel hakim adalah muktamad.
  • Pihak Yayasan YPEM berhak mengubah syarat pertandingan dan pemarkahan tanpa memberi sebarang makluman awal secara bertulis.
HADIAH UNTUK PEMENANG MINGGUAN
  • Pemenang akan menerima sijil kemenangan.
  • Bagi pemenang dikalangan pelajar: Nama peserta, nama sekolah dan logo sekolah akan dipaparkan di Website rasmi Yayasan YPEM iaitu: ypem.asia
  • Bagi pemenang dikalangan kakitangan: Nama peserta, nama jabatan dan logo jabatan akan dipaparkan di Website rasmi Yayasan YPEM iaitu: ypem.asia
  • Bagi pemenang dikalangan Masyarakat Awam: Nama peserta, nama taman/ kampong akan dipaparkan di Website rasmi Yayasan YPEM iaitu: ypem.asia
  • Hadiah Tunai bagi Pemenang Membaca Surah Al-Fatihah Mingguan
KEDUDUKAN HADIAH
TEMPAT PERTAMA RM150.00
TEMPAT KEDUA RM100.00
TEMPAT KETIGA RM50.00
HADIAH UNTUK PEMENANG AKHIR
  • Semua Pemenang Mingguan akan dijemput untuk ke pertandingan akhir di YPEM Bukit Merah Laketown Resort.
  • Pemenang akan menerima sijil kemenangan.
  • Bagi pemenang dikalangan pelajar: Nama peserta, nama sekolah dan logo sekolah akan dipaparkan di Website rasmi Yayasan YPEM iaitu: ypem.asia
  • Bagi pemenang dikalangan kakitangan: Nama peserta, nama jabatan dan logo jabatan akan dipaparkan di Website rasmi Yayasan YPEM iaitu: ypem.asia
  • Bagi pemenang dikalangan Masyarakat Awam: Nama peserta, nama taman/ kampong akan dipaparkan di Website rasmi Yayasan YPEM iaitu: ypem.asia
  • Hadiah Tunai bagi Pemenang Membaca Surah Al-Fatihah Peringkat Akhir.
KEDUDUKAN HADIAH
TEMPAT PERTAMA RM2,000.00
TEMPAT KEDUA RM1,000.00
TEMPAT KETIGA RM500.00
Borang Pertandingan Bacaan al-Fatihah 2022
UJIAN IKLAN